“Tak tengok kiri kanan dah,” Lelaki Tertinggal Isteri Lepas Isi Minyak Buat Netizen Terhibur

Bila otak mula memikirkan pelbagai benda, mula lah kita menjadi tidak focus dengan keadaan sekeliling.

Manakan tidak, banyak perkara yang perlu difikirkan seperti pekerjaan harian, anak di rumah, kucing yang masih belum diberi makan, ibu ayah di kampung dan bermacam lagi.

Sama juga dengan kisah yang tular bau-baru ini dimana seorang lelaki ‘terlupa’ untuk membawa isterinya pulang bersama menaiki motorsikal nyata mencuri perhatian ramai.

Menerusi [erkongsian di laman YOY, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @miszzue, kelihatan pasangan suami isteri bersama anaknya datang ke stesen minyak dengan menaiki motorsikal.

Namun usai mengisi minyak, suaminya itu terus bergegas sambil seorang wanita siap helmet di kepala tertinggal di stesen minyak tersebut.

‘Bila hang dah terbiasa mai isi minyak berdua dengan anak je lupa pula ada kawan yang tumpang..”

Video yang tular di TikTok:

@miszzuesapa gelak n tengok ulang kali kita geng…. 🤣🤣…##fypシ ##foryou♬ original sound – miszzue

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 210.3K tontonan, 6485 tanda suka, 164 komen dan 234 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang terlupa ‘bini’ dekat belakang.

Dalam masa yang sama, ramai juga dari kalangan para netizen boleh ‘relate’ kerana ada yang mengakui pernah mengalami kejadian yang sama dengan akak ni.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“Dengar sampai sekarang kawan dia tunggu. Kawan dia yang naik moto tu tak amik2 lagi”

“Lawak betul tak tengok kiri kanan belakang terus jalan”

“Saya lagi la naik kereta pam lupa letak. Tercabut terus hos pam tu. Kena bayar 150”

“Woi kesian dekat bini tu tertinggal siapa nak masak kejap lagi”

Adoii boleh pula dia tertinggal, pengajaran buat para suami pastikan tengok kiri kanan dulu ya sebelum jalan.. kalau kena gini mau seminggu merajuk, satu hal pula nak pujuk.. kikiki