“Takde penyakit cari penyakit” Lelaki Cuba Petik Daun Atas Bot, Aksinya yang Hampir Terjatuh Buat Netizen Berdekah

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman atau mengalami kejadian yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.
Sehingga ada sesetengah hal yang sampai tidak boleh di lupakan seumur hidupnya.

Selalunya insiden memalukan ini berlaku tanpa disengajakan dan terkadang kenangan itu boleh berubah menjadi pengalaman manis yang akan kita kenang sehingga ke akhir usia.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini yang berjaya merakamkan satu kejadian lucu yang berlaku semasa dia bercuti mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian YOY, satu video yang dimuat naik oleh seornag pengguna TikTok iaitu @zackgendut, kelihatan seorang lelaki yang hampir sahaja terjatuh dari bot dek kerana sakan memetik daun di pokok.

Difahamkan ketika itu mereka sedang sibuk mendengar penjelasan dari tour guidenamun tiba-tiba seorang daripada penumpang mendekati sebuah pokok untuk memetik daunnya.

Dia yang hampir terjatuh bagaimanapun diselamatkan oleh rakan-rakannya yang lain namun apa yang membuatkan orang ramai berdekah adalah dia kembali bangun seolah-olah tiada apa yang berlaku dan cuba memetik daun buat kali kedua.

Video yang tular di laman TikTok:

@zackgendut Haa buat hal lagi 😂 #fyp #lawakmalaysia #malaysia #perak ♬ original sound – syanandra nailah

@zackgendut Reply to @icedmiio Haa ni full version😂 member masih selamat dicucuri adabi. #fyp #lawakmalaysia #malaysia #addictedtotiktok #perak ♬ Paro Paro G – djsandyremix

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 437K tontonan, 30.7K tanda suka, 1191 komen dan 859 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur denga gelagatnya yang selamba memetik pokok sehinggakan terjatuh dan hampir masuk ke dalam air!

Tidak cukup dengan itu para netizen juga tidak dapat menahan ketawa apabila dia bangun semula dan memetik untuk kali kedua bahkan warganet sempat berseloroh mengatakan pasti lelaki itu berasa malu dan menyesal gara-gara cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan ramai.

Antara komen menarik daripada warga maya:

“Aku tak boleh lah takde penyakit cari penyakit.”

“Tu lah kau bang, duduk diam diam tu tak nak.”

“Masalah member ni.”

“Hahahahaha kesian tapi nak gelak member muka excited nak ambik lagi satu adoi.”