“Takut kena tinggal,” Ampaian Follow Tuan Buat Netizen Terhibur

Kebiasaannya kaum wanitalah yang akan menguruskan hal-hal di rumah seperti mencuci pinggan, menyapu sampah, mencuci kain dan macam-macam lagi. Namun sekarang tidak seperti dahulu.

Sekarang kaum lelaki juga sudah faham dan kebanyakannya sudah pandai menguruskan sendiri hal rumah jika tiada kaum wanita di rumah.

Seperti yang tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah video rakaman CCTV dimuatnaik oleh pengguna bernama @thorbao dan telah memaparkan seorang lelaki sedang mengangkat sebuah ampaian di kawasan rumahnya untuk dialihkan ke tempat lain oleh kerana cuaca mendung dan berangin-angin.

Namun apa yang mencuit hati warganet adalah apabila satu lagi ampaian yang tidak dialihkannya bergerak meluncur dengan sendiri seolah-olah ingin mengikut lelaki tersebut masuk ke rumah.

Ampaian itu juga seperti meniru pergerakan lelaki tersebut!

Setakat ini, video berdurasi 17 saat yang mencuit hati ramai itu telah mencapai 311.6 ribu jumlah tontonan, 32.4 ribu tanda suka dan 822 komen!

Video yang tular di TikTok

@thorbao♬ Tokyo Drift – Xavier Wulf

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet yang datang dari macam-macam negara Asia seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia. Rata-ratanya terhibur melihat ampaian itu. Ada juga yang berseloroh mengatakan ampaian tersebut takut ditinggalkan tuan.

Berikut antara komen-komen menarik diberikan oleh warganet di TikTok

“Boss!!! Wait for Meeee!!!”

“Die takot kena tinggal”

“Saiful apek pernah berkata “bertindak mengikut arahan!””

“paaak tungguiiin mo ikuuutt”

Kredit: YOY Network