“Tanda2 budak dekan” Gelagat Gadis Tertidur Ketika Sedang Menulis Buat Netizen Terhibur

Menjadi seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Manakan tidak, mereka perlu bangun pagi untuk ke kelas dan berjaga malam untuk menyiapkan pelbagai kerja, perlu kejar tarikh untuk submit tugasan dan banyak lagi.

Namun begitu, displin dan komitmen sebagai seorang pelajar ini nanti akan membentuk mereka menjadi insan yang berdaya saing dalam dunia pekerjaan kelak.Iospital phone repair gombak

Jadi tidak hairanlah jika ada yang terlajak untuk datang ke kelas, tersilap masuk kelas bahkan ada juga yang tertidur didalam kelas.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis berkongsi gelagat kawannya yang tertidur ketika sedang menulis telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fa.najihah, dapat kita lihat ketika itu mereka berada di dalam kelas sambil menulis nota.


Kedengaran juga suara pensyarah yang mengajar mereka pada ketika itu. Namun mungkin kerana terlalu mengantuk, rakannya itu kelihatan tertidur dalam posisi duduk sambil memegang pen.

Bagaimanapun, seorang lagi rakannya yang berada di sebelahnya cuba untuk mengejut gadis tersebut agar tidak ketinggalan dalam kelas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah gadis tersebut malah ada juga yang berseloroh mengatakan selalunya yang sering tertidur dalam kelas ni yang akan berjaya dalam pelajaran.

“Selalunya yang tidur-tidur ni yang selalu perform” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengakui ada sesetengah orang akan tertidur ketika belajar namun mereka masih mampu untuk mendengar apa yang diajar dan boleh menjawab soalan yang diberikan dengan betul.

Dalam masa yang sama, Ada juga netizen yang turut memuji kecantikan gadis ini walaupun ketika sedang tertidur.

Antara komen warga maya:

“My nephew dalam tertidur pun boleh faham, bila cikgu tanya dia boleh jawab dengan betul”

“Lah tidur pun cantik..”

“Mesti kelas tengahari bapak ngantok.. selalu nya yang tido2 ni yang selalu perfom”

“Ni la tanda2 student nak dapat dekan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@fa.najihah Yang penting pen tak lepas nok @flzhuda ♬ original sound – Ariz Lufias