“Tariklah diri… please!” Dipersalahkan Punca Iqbal Masuk Big Stage, Eric Fuzi Tahu Iqbal Sememangnya Tidak Boleh Menyanyi

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli sehingga kini masih terpalit dengan kontroversi yang bagaikan tiada penghujung.

Manakan tidak, bermula daripada kisahnya yang memberi bayangan hendak mendirikan rumah tangga dengan Dato Vida, beralih kepada isu campak duit, keluarkan MV terbaru dan kini namanya kembali panas apabila dia dipilih menyertai program Big Stage 2022.

Pun begitu, seorang daripada ahli kumpulan Floor88, Eric Fuzi yang juga individu yang membantunya menghasilkan single pertama turut terkena tempias dimana dia dikatakan ‘punca’ segalanya.

Memetik laporan mStar, dia menerima banyak mesej daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan berusia 27 tahun itu dipilih menyertai program Big Stage 2022.

“Ya ramai mesej peribadi (DM) marah-marah kononnya saya punca Iqbal jadi penyanyi dan merosakkan industri.

“Saya nak jelaskan semula, sebelum ini saya bersetuju hasilkan lagu untuk Iqbal sebab dia kata sekadar nak menyanyi untuk luahkan isi hati dan promosi produk… bukan sebab nak jadi penyanyi.”

“Dia client kami dan kita ikut apa permintaan dia, saya sendiri tak sangka dia akan sampai ke tahap ini.

“Malah saya berulang kali ingatkan dia kalau betul nak jadi penyanyi kena masuk kelas vokal, lagu yang dinyanyikan itu bukan untuk industri dan hanya sekadar untuk masuk YouTube dan dia buat lagu itu menggunakan modal dia sendiri.”

“Janganlah salahkan saya kalau dia diangkat menjadi penyanyi. Persoalannya siapa yang menerima dia jadi artis dan siapa yang izinkan dia masuk TV?” katanya

Dalam masa yang sama, Eric juga menasihati Iqbal agar menarik diri daripada pertandngan tersbeut dan fokus sahaja kepada perniagaan yang dijalankan.

“Nasihat seorang kawan, tariklah diri… tolong! Kekuatan kau sebagai usahawan dan teruskan dengan kerjaya kau tu.”

“Masa PKP dulu ramai hina industri seni, kata industri seni tak penting, tapi bila Iqbal masuk Big Stage, ramai pula mempertahankan industri seni supaya tak dimusnahkan oleh seorang penyanyi usahawan. Menarik! sayang juga orang kita dengan industri seni kreatif ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.


Eric juga berkesempatan untuk mengulas persembahan Iqbal di minggu pertama Big Stage. Dia akui usahawan itu tidak boleh menyanyi dan perlu mendapatkan lebih ilmu mengenai muzik.

“Sejujurnya memang teruk suara dia, tapi kalau dia betul-betul nak jadi penyanyi kena belajar lagi. Dia degil, lupa apa tujuan asal dia buat lagu dulu, dia kata bukan nak jadi penyanyi tapi sekarang dia boleh pula sertai program berkenaan.”

“Kalau betul dia nak jadi penyanyi, saya rasa buat masa ini belum layak lagi. Saya sendiri akui kecewa apabila dia menyertai program nyanyian popular itu.”

“Semasa lancar lagu Hujan itu dahulu pun dia beritahu kami banyak stesen TV dan radio panggil menyanyi live tapi kami bagi nasihat jangan buat sebab dia perlu belajar banyak lagi, kena ambil kelas sekurang-kurangnya enam bulan, kalau layak dan ada ilmu barulah boleh serius jadi penyanyi,” ujarnya.

Bagaimana pun, kumpulan Floor88 meluahkan rasa syukur apabila lagu baharu berjudul 24434 yang dilancarkan pada 10 Januari lalu menerima sambutan baik penonton.

“Alhamdulillah, ramai penonton di YouTube beri komen positif mengenai naskah terbaharu kami ini. Sebenarnya lagu ini dihasilkan secara tak sengaja oleh Achoi, tak tahu mana mimpi dia dapat buat lagu itu.”

“Syukur ramai dapat mesej dalam lagu itu. Sebagai penyanyi tak salah kita mengingatkan orang lain sesuatu yang baik dan berharap dapat beri kebaikan kepada orang lain juga.”

“Dalam pandemik ini kita juga perlu ambil peluang dengan menggunakan platform yang Allah beri untuk sebarkan kebaikan kepada semua. Semoga lagu itu dapat memberikan manfaat kepada semua,” katanya yang turut memaklumkan bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Ku Ingin yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.