Tayang Kereta Tesla di Instagram, Netizen Tanya Mana Duit Refund AirAsia

Siapa yang tidak kenal dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes.

Air Asia Group adalah syarikat yang menawarkan penerbangan tambang murah dan Tan Sri Tony Fernandes juga merupakan antara usahawan paling kaya di Malaysia.

Terbaharu, Tan Sri Tony Fernandes telah memuat naik satu foto di akaun Instagramnya dengan menunjukkan kereta terbarunya iaitu sebuah kenderaan Crossover SUV berjenama Tesla Model Y pada hari kemerdekaan yang lalu.

Menurutnya, kereta itu merupakan kereta yang bebas daripada pencemaran kerana tidak menggunakan cecair petrol dan juga memelihara alam sekitar.

“Independence day. Going green. No more gasoline. Gone electric. Tesla model Y. Love it” ujarnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Rentetan daripada perkongsiannya itu, ia telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana mendakwa dirinya hidup mewah di dalam kesusahan orang lain.

Menerjah ke ruangan komen, rata- rata netizen mempersoalkan tentang perihal gaji dan bayaran balik tiket penerbangan yang sudah terbatal akibat pandemik kerana penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat Air Asia sepanjang pandemik berlaku kecuali atas urusan penting.

“Harap semua refund tiket flight dapat dilunaskan”

“Disaat ramai masyarakat yang sedang susah oleh kerana pandemik, ada lagi segelintir pihak yang masih mempamerkan kekayaan masing-masing sehingga memberi kesan negatif kepada orang lain.”

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir pihak yang bergurau tentang penghantaran makanan akan dibuat menggunakan kereta berjenama itu kerana Tan Sri Tony Fernandes juga ada membuat perniagaan makanan.

Tinjauan di Twitter juga mendapati ramai yang memberikan reson terhadap perkongsian tersebut.

“Because airasia still hasnt refunded a lot of people’s money for cancelling their flights and instead hes out here rewarding himself with a rm300k-500k car when a lot of his employees got a pay cut/terminated?”

“Lps tu ad yg ckp kt aku how pandemic affect him sampai kena jual rumah dia yg kt oversea.. sorry, sikit pn aku x caye yg life dia trkesan.. kalau dia trkesan, dia akan buat org2 bwh dia lagi trkesan.. potong gaji, buang pekerja n so on.. yg kaya terus kaya, yg miskin terus miskin”

Malah, ada juga yang mendakwa Tony telah edit caption pada posting Instagram miliknya dengan menambah perkataan ‘rented’.

“He edited the caption to ‘rented’ tesla model Y and all the backlash deleted. Lol”

Rentetan dengan perkara itu Tan Sri Tony Fernandes masih tidak memberi apa-apa respon walaupun dikecam oleh netizen sehingga ke Twitter.

Kredit: YOY.MY