[VIDEO] Team Azeez Rahim Agih Bantuan Pelarian Gaza, Netizen Tanya “Mana Caprice?”

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi rap, Caprice menjadi sebutan di media sosial gara-gara kenyataan yang dipercayai dia tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew.

Kontroversi antara selebriti ini dengan Pendakwah bebas itu masih bertebaran di media sosial dan meniti di bibir netizen ketika ini.

Isu di mana keberadaan Caprice menjadi tanda tanya

Terbaharu, isu di mana keberadaan Caprice ketika ini telah menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

Ini kerana selebriti itu tidak melihatnya di dalam beberapa foto yang telah dimuat naik oleh Datuk Seri Abdul Azeez Rahim di Facebook ketika misi menghulurkan bantuan di Jordan.

Ahli Parlimen Baling ini berkunjung ke kem pelarian Gaza

Baru-baru ini, ahli Parlimen Baling ini bersama kumpulan misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) dilihat telah berkunjung ke kem pelarian Gaza.

Kumpulan ini telah berkunjung ke kem pelarian Gaza yang terletak di kawasan perkampungan Jerash, Jordan untuk memberi bantuan.

16 Julai 2021, Kem Pelarian Gaza, Jordan

“Kunjungan saya ke kem Pelarian ini antara yang menghibakan hati saya.”

“Kem ini terletak di kawasan perkampungan Jerash kira-kira 100 kilometer dari bandar Amman dan menempatkan lebih kurang 33,000 pelarian dari Gaza.”

Rakyat Palestin di benarkan bekerja dan mencari rezeki 

“Mereka memohon perlindungan dari kerajaan Jordan seawal tahun 1967.”

“Dasar keterbukaan kerajaan Jordan yang membenarkan rakyat Palestin bekerja dan mencari rezeki di Jordan telah membantu ekonomi para pelarian di sini.”

Ada yang masih dhaif dan perlukan bantuan makanan

“Ada di antara mereka yang menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan mampu memiliki hartanah di sini.”

“Namun tidak kurang juga yang masih dhaif dan memerlukan bantuan makanan dan keperluan harian.”

Kami dipertemukan dengan semangat mereka di sini

“Disebalik keinginan kami menemui saudara-saudara kita yang sedang terpenjara di Gaza, kami dipertemukan dengan semangat mereka di sini.”

“Semoga bantuan yang kami hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan yang ditanggung.”

Kelibat Caprice tidak kelihatan ketika misi bantuan di kem pelarian

Walau bagaimanapun, mereka masih belum berjaya untuk memasuki ke Gaza dan kini masih berada di Jordan.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pasukan team HM4P yang sentiasa tabah berjauhan dari keluarga dan tanahair hampir sebulan lamanya.”

Seluruh pasukan terima dengan cekal segala ujian

“Seluruh pasukan menerima dengan cekal segala ujian dan dugaan demi sebuah kasih sayang dan solidariti untuk saudara kita di Palestin.”

“Setiap peluh yang menitik dan setiap airmata yang dicurahkan semoga menjadi suatu catitan di sisi Allah swt.”

Mana Caprice yang merupakan salah seorang peserta misi HM4P

Namun begitu, kelibat Caprice tidak kelihatan ketika misi memberi bantuan di kem pelarian berkenaan.

Rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen dengan mempersoalkan di mana Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli.

Ini kerana difahamkan penyanyi rap itu merupakan salah seorang peserta misi HM4P.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bertanya di mana Caprice sekarang ini.

Selain itu, ada juga di antara mereka yang berseloroh agar ahli parlimen itu membawa penyanyi rap berkenaan pulang ke Malaysia.

Terdahulu, menerusi laporan UMNO Online, Caprice menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin (HM4P) di bawah Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) bagi menyatakan solidariti kepada warga Palestin.

BACA: [VIDEO] “Saya susah nak gaduh dengan sesiapa, tapi orang datang cari gaduh” – Luahan Hati Ebit Lew

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tiba di Mesir semalam untuk bergabung dengan 16 anggota misi HM4P yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merangkap Pengerusi BKUM.

Turut menyertai misi kemanusiaan itu adalah dua wakil MERCY Malaysia, termasuk exconya, Norazam Ab Samah.

Sebaik tiba di Kaherah, Caprice terus menyertai sukarelawan misi HM4P menyampaikan bantuan kemanusiaan, termasuk pengagihan 10 kerusi roda yang disampaikan Abdul Azeez kepada wakil Hospital Palestin di Kaherah yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

Hospital Palestin di Kaherah menerima purata bulanan 10 pesakit warga Palestin dari Gaza yang mendapatkan rawatan lanjut ekoran kekangan perkhidmatan kesihatan di wilayah konflik terkepung itu.