Tengking Pekerja & Sepak Bakul Pakaian, ‘Marketing’ Melampau Kilang Jahit Pukal Ini Buat Ramai Kurang Senang

Marketing sememangnya sangat penting dalam sesebuah perniagaan dan secara tidak langsung ia akan menarik minat lebih ramai pembeli.

Bagaimana pun, ramai daripada usahawan pada masa kini yang seolah-olah tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu benda dan akhirnya hanya mengundang kecaman ramai dan memboikot perniagaan mereka.

Manakan tidak, ramai yang melakukan marketing murahan yang nyata menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menengking pekerja di sebuah kilan nyata menjadi bahan bualan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mariyahholdings, kelihatan pada awalnya dia menengking semua pekerjanya yang berada di dalam kilang tersebut.


Namun apa yang lebih parah, wanita ini turut dilihat menendang bakul yang dipenuhi pakaian sehingga terbalik dan jatuh berselerakkan.


Walaupun ada yang mendakwa itu hanyalah marketing dan content semata-mata namun tetap keterlaluan dan tiada adab.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui jika menjadi pekerja di syarikat tersebut pasti mereka akan menjadi orang yang terawal meletakkan jawatan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan tindakan menengking dan memarahi pekerjaa hanya akan membuatkan mereka bekerja dalam ketakutan.

Antara komen warga maya:

“Kerja dalam ketakutan uolls.. aduhaii”

“Perlu ke samai tendang2 bakul tu makcik?”

“Dah kenapa kak.. walaupun akak bos, tapi tak baik la tendang.. semua orang mencari rezeki”

Video yang tular di laman TikTok:

@mariyahholdings Replying to @Siti Sabariah madam tak pernah paksa pekerja madam tau . #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #kilangjahitpukal #mariyahholdings #soundtegak ♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Bagaimana pun, dikatakan ianya hanyalah sekadar gimik dan makerting semata-mata malah pihak mereka ada juga memuat naik sebuah lagi video memaparkan wanita tersebut menyantuni para pekerjanya dengan baik.

@mariyahholdings Replying to @AKAK TAK RILEK hanapi pun ada kerja dengan madam tau . #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #kilangjahitpukal #mariyahholdings #soundtegak ♬ Sounds like a mystery music box – Yohei