“Terasa Seperti Malaikat Maut Menjemput…”- Adam Corrie Dedah Pengalaman Dikafankan

Pelakon Adam Corrie Lee akui pengalaman dikafankan sebelum waktunya adalah satu perkara yang amat mengerikan dan menginsafkan. Menurut Adam meskipun ia sekadar lakonan, namun ia terasa seperti malaikat maut menjemput pulang ke tempat asal kekal abadi. “Pengalaman dikafankan sebelum waktunya. Itupun dah terasa seperti malaikat maut dapat menjemput pulang ke kampung kekal abadi. “Pakaian terakhir [...]

Pelakon Adam Corrie Lee akui pengalaman dikafankan sebelum waktunya adalah satu perkara yang amat mengerikan dan menginsafkan.

Menurut Adam meskipun ia sekadar lakonan, namun ia terasa seperti malaikat maut menjemput pulang ke tempat asal kekal abadi.

“Pengalaman dikafankan sebelum waktunya. Itupun dah terasa seperti malaikat maut dapat menjemput pulang ke kampung kekal abadi.

“Pakaian terakhir ini memang memberi kesan yang mendalam. Jasad kita hanyalah pinjaman dari Allah. Tiada yang kekal abadi. Dunia hanya tempat persinggahan

“Throwback shooting drama Tanah Kubur tahun 2013,” katanya.

Adam berkongsi cerita pengalaman tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto-foto ketika dia dikafankan.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut menginsafi dan mengingatkan tentang kematian.

Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Adam dan Fazima dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun penantian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Pengalaman dikafankan sebelum waktunya.
Itupon dah terasa seperti malaikat maut dapat menjemput pulang ke kampung kekal abadi
Pakaian terakhir ini memang memberi kesan yang mendalam. Jasad kita hanyalah pinjaman dari Allah
Tiada yang kekal abadi
Dunia hanya tempat persinggahan
.
Throwback shooting drama #tanahkubur tahun 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.