Terduduk Lemah, Ibu Sedih Anak 3 Bulan ‘Pergi’ Hari Pertama Dijaga Pengasuh

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak kita, tidak kiralah anak yang pertama mahupun yang kesepuluh sekali pun, jika namanya ‘anak’, tentu keselamatannya menjadi keutamaan setiap ibu bapa.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, buat mereka yang bekerja sudah pasti perlu mencari pengasuh untuk menjaga anak mereka.

Menjadi pengasuh bukan satu perkara mudah, banyak yang perlu dipelajari agar tidak berlaku sebarang perkara buruk yang tidak diingini seperti tersedak susu, terjatuh dan lemas.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu lemah longlai apabila mengetahui anak perempuannya yang berusia 3 bulan pergi buat selama-lamanya ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

“1hb nov 2022 adalah hari terakhir mama dengan kamu.. sungguh indah senyumanmu disaat itu.. sangat berseri dan manis.. dan itulah senyuman yg paling membahagiakan dan terakhir kamu. tanpa sakit dia dijemput Ilahi dibawah jagaan pengasuh pada hari pertama.”


Walaupun sukar untuk menerima hakikat, namun mereka sangat bersyukur kerana Allah sudah meminjamkan Aisyah selama tiga bulan.

“Dikejutkan kamu tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999.. saat itu.. Hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama.. dan saat itu mama terpaksa berlakon kuat dihadapan semua org.. namun rebah bila kamu dibawa ke hsptl.. cuba menahan seboleh mungkin semua perasaan sedih.. walaupun tahu kamu sudah tiada.. terima kasih Allah pinjamkan dia kepada kami.. cinta kami sampai kesyurga.. InshaAllah..”


Wanita itu yang dikenali sebagai Fizah menceritakan kembali tragedi hitam yang berlaku pada November lalu dan dia akui terkejut apabila menerima khabar anaknya tidak sedarkan diri sebelum menyuruh pengasuh berkenaan menelefon talian kecemasan.

Walaupun hatinya retak seribu menerima khabar tersebut namun terpaksa berlakon kuat dihadapan semua orang bahawa dirinya berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Akan tetapi, dia tidak mampu untuk terus kuat apabila melihat melihat sekujur tubuh anaknya di hospital namun harus kental menerima segala takdir yang telah pun tertulis.

“Ingin menangis tetapi sudah kehabisan air mata untuk mengungkapkan kesedihan,”luahnya.

Sekadar info, pengasuh bayi berkenaan disiasat oleh pihak polis walaupun mereka sedar dia juga insan biasa yang tak terlepas daripada melakukan kecuaian.

Perkongsian yang tular:

@alia2384 29Julai 2022 – 1 nov 2022 , dipinjamkan mama selama 3bulan .. alfatihah anakku.. damailah disana.. #hargaisebelumterlambat #xyzbca #rindutakterucap #memories #yangselalumerindu #fypシ゚viral #bahagiakankeluargamu #redha #fypシ #anaksyurga #afiaaisyah ♬ Ditinggal Pas Sayang Sayange – Safira Inema

@alia2384 Kasih ibu sampai kesyurga.. walaupun jasad terpisah namun kasihku x kan terpadam walaupun kita berbeza dunia.. Pimpinlah tangan ibubapamu kesyurga.. #jaditerbaik #seo #yangselalumerindu #anaksyurga #tamansyurga #iloveyou #fyp #viral #afiaaisyah #fypシ゚viral #xyzbca ♬ Bila Tiba – UNGU