Terharu Cikgu Bagi Beg Baru, Reaksi Pelajar Tak Lekang Senyuman Buat Ramai Sebak

Guru umpama ibu bapa kedua yang mana menjaga kita di sekolah dan memberikan didikan yang terbaik. Pastinya, seorang guru tidak sampai hati melihat anak muridnya dalam keadaan susah.

Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru menghadiahkan beg kepada salah seorang pelajar di sekolah telah meraih tumpuan ramai.

Difahamkan, beg sandang anak muridnya itu telahpun lusuh dan hampir terkoyak.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aishashamad, kelihatan mereka berada di satu ruangan di sekolah yang kelihatan seperti dalam bilik guru.

Apa yang mencuri perhatian adalah, budak lelaki tersebut kelihatan tidak lekang dengan senyuman ketika menerima pemberian gurunya itu. Jelas kelihatan kegembiraan diwajah pelajar ini dan terharu dengan pemberian gurunya itu.


Lebih membuatkan ramai kagum, pelajar ini mengucapkan terima kasih beberapa kali menandakan dia sangat menghargai hadiah pemberian daripada gurunya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berterima kasih kepada guru kerana membantu murid tersebut membelikan beg baru agar dia lebih selesa untuk menimba ilmu.

“Nape saya yang sedih ni.. meleleh-leleh air mata.. Terima kasih cikgu” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui sikap pelajar tersebut sungguh sopan dan berharap agar dia menjadi seorang yang berjaya satu hari kelak

Antara komen warga maya:

“Tercuit hati yang keras ni.. semoga keduanya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan”

“Harap nanti budak ni berjaya dalam pelajaran dia dapat kerja yang elok, dia bantu orang lain pula.. abang dulu besa (pernah) susah juga pergi sekolah tak ada bawa beg, bawa guni baja je..”

 

“Tahniah cikgu.. semoga menjadi contoh kepada mereka yang lain.. berbuat baik sesama insan dan kepada anak didik..”

“Budak nya pun sungguh sopan santun..terbaik cikgu..”

“Dia akan ingat dan kenang sampai bila2”


Video yang tular di laman TikTok:

@yoy.my Semoga dimurahkan rezeki 🥰 #fyp #beritatiktok #beritaterkini #beritatrending #beritaviral #viral #trending #tiktoknews #efwaipi #beritamalaysia ♬ Soft Background Music – Background Music