Terima Foto ‘Siput Sedut’ Dari Followers Lelaki Di Instagram, Fatin Afeefa Mahu Lapor..

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon sensasi, Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin yang sentiasa menjadi perhatian warganet dengan hantaran-hantaran yang dimuat naik di laman sosialnya.

Tubuh badannya yang kecil molek tidak nampak seperti ibu yang mempunyai dua orang anak, maintain cun je tau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A F E E F A 🌙 (@fatinafeefa)

Selepas melalui fasa perceraian pada usia muda, Fatin mengaku dirinya serik untuk kembali berkahwin.

“Saya tak nak lagi mendirikan rumah tangga. Mungkin buat selama-lamanya. Saya nak berkahwin dengan diri saya sendiri sahaja,” kata Fatin.

Pantas sahaja ayat tersebut meniti di bibir pelakon filem Tentang Bulan itu saat diajak berkongsi tentang pilihan dan perancangan masa depan.

Fatin memberitahu bahawa dia benar-benar tidak mahu berkahwin lagi walaupun usianya masih muda. Dia juga sudah ‘tutup kilang’, enggan beranak mahupun berkahwin lagi.

“Orang yang berkahwin ada yang sebab mereka mahukan anak. Saya sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata. Saya dah ‘tutup kilang’ tidak mahu lagi berumah tangga.

“Saya tidak merajuk. Cuma bagi saya, perkahwinan semacam membuang masa sahaja. Nak jaga hati lelaki lagi,” jelasnya.

Bagaimanapun, Fatin tidak menolak andai suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk berkahwin. Namun ada syarat-syaratnya.

Menurut pelakon yang memulakan kerjaya seawal usia lapan tahun itu, dia akan mempertimbangkan semula keinginannya untuk berkahwin jika bertemu lelaki yang menyokong kerjayanya sebagai pelakon.

Dakwa pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin itu lagi, selepas berkahwin dia tidak mahu diletakkan sebarang had terhadap perkara yang disukai, termasuklah berlakon.

Mengikuti perkembangan Afeefa, terbaharu beliau memuat naik satu foto OOTD hitam putih tersenyum dengan memakai face mask, tetapi disertakan dengan kapsyen sedikit ‘nakal’.

“behave? hahaha make me”

“berkelakuan baik? hahaha jadikan saya”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A F E E F A 🌙 (@fatinafeefa)

Namun, ada pula pengikut yang buang tebiat menghantar gambar tidak senonnoh kepada pelakon berkenaan sehingga Afeefa bertindak melaporkan kepada poliss mengenai kelakuan individu tersebut.

Perkara ini seakan menjadi kebiasaan kepada individu ‘pervvert’ di luar sana.

Korang berhati-hati lah dengan orang macam ni, terutamanya para wanita.

Terus laporkan kepada pihak berkuasa jika individu berkenaan melampaui batas dan ada niat yang tidak baik dengan korang okay?