Beberapa hari yang lalu, media melaporkan anak kepada sepupu pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Noor Sameera Mohd. Nazlee yang baru berusia enam bulan telah dimasukkan ke hospital berikutan positif Covid-19.
Namun begitu, hari ini dimaklumkan bahawa anak saudara kepada pengacara terkenal itu sudah sembuh dan disahkan bebas daripada wabak virus itu.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh sepupu Neelofa, ibu kepada Sameera, Noor Cahaya menerusi akaun Instagram miliknya, yang menyatakan syukur bahawa anaknya telah pulih.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah akhirnya Noor Sameera sembuh daripada Covid-19 dan sudah di rumah. Terima kasih kepada semua, ahli keluarga dan pengikut yang sentiasa bertanya di laman Instagram…”
View this post on Instagram
Gembira mendapat tahu perkara tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan terus mendoakan agar Sameera terus sihat dan kuat seperti biasa.

Kita sama-sama doakan agar wabak Covid-19 ini segera pulih dan kita semua dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa semula.