“Terima kasih Guan Eng mengurniakan darjah kebesaran kepada saya yang membawa gelaran Datuk” – KJ

Khairy Jamaluddin hari ini sempat mengusik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ekoran kesilapan yang dilakukan dalam kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu.

Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan itu tersilap merujuk kepada Khairy sebagai “Datuk Khairy Jamaludin” dalam satu kenyataan hari ini mengenai pengenalan semula mekanisme apungan harga minyak


Guan Eng berkata Khairy antara ahli kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui masalah bayaran balik GST wujud, sekaligus menyangkal kenyataan bekas Perdana Menteri itu.

Tidak melepaskan peluang, Khairy yang sinonim dengan sifat bersahajanya di media sosial sempat berjenaka perihal perkara berkenaan.

Walaubagaimanapun, Kementerian Kewangan pada petang hari ini telah mengeluarkan semula kenyataan tersebut yang mengandungi pembetulan gelaran Khairy.


Ketua Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Rais Hussin turut menegur Khairy di dalam tweet beliau dan Khairy membalas dengan berkata beliau hanya berjenaka dan tiada sebarang niat jahat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.