Terkejut Tengok Bil, Individu Ini Persoal Harga Nasi Putih Telur Dadar Siap Air Sirap Sampai RM7

Kos hidup yang semakin tinggi yang kian terasa kini sememangnya buat ramai ‘pening kepala’. Manakan tidak, dahulu jika bawa RM50 ke pasar, penuh satu troli barangan dapur.
Iospital phone repair gombak

Tapi kini, kalau bawa RM50, mungkin 1 atau 2 barang dapur sahaja yang boleh diperolehi. Hal ini juga membuatkan ramai peniaga makanan perlu mengeluarkan modal yang lebih untuk berniaga membuatkan harga jualan juga perlu dinaikkan.

Jadi tidak hairan lah kalau ramai yang memilih untuk makan ‘nasi bujang’ iaitu nasi berlaukkan telur dan sup kosong bagi mengikat perut serta berjimat.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu berkongsi harga makanan yang dipesan ini berjaya mencuri perhatian ramai.

Difahamkan dia tidak menyangka malah terkejut dengan jumlah makanan yang berharga RM7 itu.

Dapat dilihat dia memesan nasi putih, telur dan dan sirap ais dan semuanya berharga RM7. Nasi putih berharga RM2, telur dadar pula berharga RM2.50, manakala sirap ais pula berharga RM2.50.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terkedu melihat harga nasi bujang pada masa kini bahkan mengatakan harga tersebut boleh dapat nasi berlaukkan ayam serta kuah.

“Kalau harga macam ni baik makan ayam seketul daripada makan ayam yang belum jadi” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan nampak gayanya mereka perlu bujang sampai bila-bila jika harga nasi bujang begitu.

Manakan tidak, nasi bujang yang dahulunya menjadi makanan utama bagi mereka yang mengikat perut dan berjimat kini harganya meningkat.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter: