“Terkejut waiter” Selamba Buka Payung Dalam Restoren, Gelagat Wanita Ini Buat Ramai Terhibur

Cuaca pada masa kini sememangnya tidak menentu bahkan ada juga sesetengah kawasan yang telah dinaiki air kerana hujan yang berpanjangan.
Iospital phone repair gombak
Sebagai langkah berjaga-jaga, ramai dikalangan masyarakat yang membawa baju hujan ataupun payung kemana sahaja mereka pergi agar tidak basah kuyup terkena hujan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita selamba membuka payung ketika makan di sebuah restoren telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nurhayatitahir, pada awalnya dia membawa sepasang payung semasa bersiar di luar.


Bagaimanapun, yang hairannya adalah dia masih membuka payung ketika makan di salah sebuah restoren Arab walaupun restoren tersebut berbumbung dan tidak mempunyai sebarang kebocoran.

Pekerja yang lalu lalang kelihatan sangat pelik melihat tindakanya namun wanita tersebut seakan tidak kisah dengan reaksi orang lain malah tetap berselera menghabiskan satu per satu hidangan yang dipesan.


“Dekat luar hujan,nasib baik bawak payung” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat wanita itu malah berseloroh bertanya adakah itu caranya untuk ‘healing’.

Sekadar info, video yang dilakukan hanyalah content semata-mata dan sekadar gurauan serta hiburan. Wanita tersebut juga telah meminta izin pihak restoren sebelum melakukan perkara tersebut.

Antara komen warga maya:

“Pening brader..”

“Masalanya hujan di luar.. bukan di dalam”

“Sampai ke dalam kedai sis bawa”

“Bahagia dengan cara sendiri tu tak salah”

“Nasib baik tak kena tendang keluar kedai.. baru betul2 makan bawah payung”

“Tengah healing ke tu”

“Ya Ampun perangaii.. hahha kak ok ke tak tu”


Video yang tular di laman TikTok:

@nurhayatitahirr_Dekat luar hujan,nasib baik bawak payung♬ Careless Whisper – George Michael

Selamba bukak payung tu satu hal dah, yang reaksi muka tu yang tak tahan, boleh pulak dia buat macam takde salah hahaha