Terlalu Fasih Bahasa Melayu, Lelaki India ‘Pening’ Kene Berlakon Cakap Slang Tamil

Seperti yang kita tahu, tidak semua kaum india fasih untuk bertutur dalam bahasa melayu namun ada sebilangan mereka dilihat sangat fasih oleh kerana mungkin persekitarannya yang berbeza.

Contohnya, dia tidak bersekolah di sekolah jenis tamil, atau latar belakang keluarga yang berkahwin kacuk, dan ada juga yang sememangnya mempunyai ramai kenalan yang bertutur dalam bahasa melayu.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berbangsa India ini begitu fasih berbahasa Melayu sehingga terlupa bagaimana hendak bertutur dengan slang tamil.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @muniswaranharirama, dia kelihatan mengalami kesukaran untuk membaca skrip.

Difahamkan, dia perlu berlakon dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan slang Tamil namun oleh kerana dia terlalu fasih berbahasa Melayu, dia kini pening untuk meniru gaya yang diminta itu.

Lebih melucukan adalah anak buahnya juga turut pening bagaimana hendak membuat slang tamil seperti masyarakat india bertutur.

Lihat sahaja lah dirinya dan anak buah yang begitu fasih dan kelihatan langsung tidak kekok berbahasa melayu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat dirinya yang sangat mahir bertutur bahasa Malaysia.

Dalam masa yang sama, netizen juga terhibur dengan reaksi kedua kedua mereka yang pening bagaimana hendak merealisasikan permintaan yang meminta lelaki itu membuat slang tamil.

Antara komen warga maya:
“Terlalu fasih sampai susah nak buat bunyi macam India.”

“Jem bila dia sendiri tanya canner india nak cakap slang melayu. Dengan aku-aku sekali practice.”

“Sebab dah fasih sangat cakap melayu susah nak bagi tak fasih.”

“Aku keliru ke dia yang keliru ni.”

Video yang tular di laman TikTok:

@muniswaranharirama Ade gangguan iblis 😈( @kreetigaari22 ♬ original sound – Tambi Insurance AIA