Terlalu Sedih Kucing Kesayangan ‘Dirampas’, Ibu Wanita Ini Meninggal Dunia

Ramai diantara kita merupakan pencinta kucing. Malah ramai yang turut menjadikan kucing sebagai bintang peliharaan dan juga sebagai teman di rumah.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azliya Alia menerusi satu status menceritakan sudah kehilangan ibunya disebabkan sakit jantung.

Terima laporan dari kejiranan berkenaan kucing yang berkeliaran

Walau bagaimanapun, dia sempat menceritakan satu kejadian yang berlaku sebelum ibunya dijemput menghadap Ilahi.

Azliya mendakwa ianya bermula apabila pihak berkuasa dikatakan bertindak mengambil kucing peliharaan ibunya setelah menerima laporan daripada kejiranan Taman Penaga berkenaan kucing yang berkeliaran.

Kucing yang dipilih adalah kucing betina sarat mengandung

“Pada 19hb, Pegawai penguatkuasa datang rumah mama. Katanya terima report dari kejiranan taman penaga berkenaan kucing yg berkeliaran.”

“Tetapi pegawai penguatkuasa tu terus datang kerumah mama. Jumpa dgn mama dan dtg nk ambil kucing peliharaan mama.”

“Kucing dipilih untuk diambil itu adalah seekor kucing betina yang sedang sarat mengandung.”

Puas merayu supaya tidak ambil kucing tersebut

Ujar wanita ini lagi, ibunya dan kakaknya ketika itu sempat merayu kepada pihak berkenaan supaya tidak mengambil kucing tersebut.

Namun begitu, rayuan demi rayuan dari mereka yang dikemukakan sama sekali tidak diendahkan.

Puas mama merayu

“Puas mama merayu utk tidak mengambil kucing berkenaan. Kebetulan kakak yg sulung sampai Dan bertanya apa yg berlaku.”

“Demi menjaga perasaan mama si kakak ni pun turut merayu supaya tidak di ambil kucing tu.”

Mama kemurungan jika kucing hilang atau mati

“Dik kerana kesihatan mama. Mama akan kemurungan sekiranya kucingnya hilang atau mati.”

“Puas kami ank2 ambil Masa utk tenangkan mama. Dah bg Tau pd pegawai berkenaan tlg lah jgn ambil, ini melibatkan kesihatan mama.”

Mama terus menangis 

“Tapi peg berkenaan tidak mengendahkan rayuan kami. Mama tak boleh hidup tanpa kucing.”

“Mama terus menangis, menangis, menangis selepas pegawai berkenaan tu pergi dgn mengambil kucing yg digelarnya ibu.”

Sampai malam mama tak henti menangis

“Bawa sampai ke mlm Tak Henti mama menangis. Pujuk anknya yg ke 5, akhmal sama jiwa dgnnya pencinta kucing.”

“Katanya klu mama DH Tak Ada buang semua kucing ni. Senang lepas tu Tak akan Ada report dari jiran Dan peg penguatkuasa pun Tak akan Mai lagi.”

Mama teruskan tugas harian cari dan cedok najis kucing 

“Pada 20hb, pagi. Mama teruskan dgn tugas harianya berjln di kejiranan rumah utk mencari najis kucing Dan mencedok Dan masukan kedlm plastik utk di buang.”

“Walaupun bkn Dr kucing peliharaanya. Takut Akan ketidaksenganan jiran berkenaan najis kucing.”

Sedang rehat mama telah diserang serangan jantung

“Selesai bersihkan sangkar kucing Dan beri mkn Dan minum. Mama masih dlm keadaan sedih.”

“Sedang rehat tetiba mama telah diserang serangan jantung. Jatuh tasbih di tangan mama.”

Mama pergi tinggalkan kami

“Memyebabkan cucu2nya sedar akan sesuatu telah berlaku. Cepat2 panggil ayah tp memandangkan ayah yg uzur Dan ayah sukar utk bergerak.”

“Allahuakbar, mama pergi tinggalkan kami. Kami Tak sempat, tak dpt melakukan apa2.. mama tinggalkan ayah yg uzur utk kami uruskan.”

Hebat sungguh jiwa pencinta kucing

“Hebat sungguh jiwa pencinta kucing. Dari kecik arwah mama setiasa bersama dgn kucing.”

“Kucing sentiasa Ada hinggakan dlm poket seluarnya. Subahanallah, kesedihannya kerana kucing bawa kemati.”

Pemergian dan perjalanan yang indah

“Mama, permergian dan perjalanan yg amat indah. Mudah, Allah tunaikan apa yg mama hajat”

“3 ank perempuan mandikan mama, 4 ank lelaki yg membawa Dan menyambut di Liang lahat.”

“Anak lelaki yg membaca tahlil sendiri utk mama. Alhamdulillah, kami Akan menyambung apa yg mama tinggalkan utk kami jaga.”

Mama berehatlah mama disana

“Mama, berehatlah mama disana. Di dunia ini mama Tak sempat Ada Masa utk berehat.”

“Tenanglah mama disana. Bersemadilah dgn Aman, moga mama ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman. Alfatihah. Aminnn rindu tiada penghujung, Mama.”

Salam takziah buat keluarga pencinta kucing ini, semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam melalui ujian ini.

Kenyataan MBSP

Dalam pada itu, MBSP menerusi pekrongsian di Facebook telah memuat naik penjelasan berkenaan perkara ini.