“Terpaksa Mandi” Video Memasak Elizabeth Tan Dibanjiri Komen Nakal Netizen!

Penyanyi Elizabeth Tan sememangnya terkenal dengan imej yang sekssi sehingga kadang kala penampilannya membuatkan pengikutnya di laman sosial berasa tidak keruan.

Namun itu bukan satu lesen besar untuk mereka meninggalkan komen yang tidak sepatutnya di laman sosial pelakon filem Misteri Dilaila itu.

Tidak pernah menganggap foto dikongsi di Instagram (IG) keterlaluan, Elizabeth Tan menolak dakwaan sengaja berpakaian sekssi untuk ‘mengumpan’ lelaki.

Elizabeth yang selesa dipanggil Lizzie memberitahu, selagi ibu tidak menegur caranya berpakaian dalam foto dikongsi di IG, dia tidak akan menganggap aksinya ‘over’.

“Jika pakaian saya keterlaluan, saya yakin ibu menjadi orang pertama menegur dan meminta saya menukarnya.

“Lagipun, apa salahnya berpakaian mengikut cita rasa kerana saya masih muda? Saya bukan berpakaian terlalu sekssi seperti bintang K-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan memuat naik foto jika berpakaian begitu.

“Saya hanya muat naik foto yang disukai peminat sahaja,” katanya.

Dek gambar yang dikatakan sekssi, gadis berusia 27 tahun ini dilihat sering menerima komen ‘tidaksenonoh’ daripada pengikut lelaki di laman sosial.

Menafikan dirinya ‘simbolseks’, Lizzie berkata, banyak akaun lain boleh dijadikan rujukan, bukan IG miliknya sahaja.

“Kalau tidak membelek akaun saya, mereka boleh tengok benda lain.

“Setakat ini, saya tidak pernah rasa teranncam dengan membaca komen ditinggalkan pada foto saya. Jika ada yang dilihat terlalu keterllaluan, saya akan padam dan sekat,” katanya.

Lizzie mengaku membaca setiap komen dilayangkan peminat.

“Jika ada komen mengatakan foto kurang sesuai dan sebagainya, saya akan mohon maaf. Tetapi setakat ini, tiadalah komen yang terlalu meninggalkan kesan kepada saya.

“Selain itu, saya tidak pernah terima ‘benda’ bukan-bukan daripada peminat. Saya jarang buka mesej langsung (DM) yang dihantar, biasanya pembantu yang baca.

“Cuma, pernah sekali, ada orang ‘tag’ nama saya untuk sekeping foto wanita tanpa seuratbenang. Saya lihat pada foto itu, wajah saya, tetapi badan orang lain.

“Saya tidak rasa apa-apa, cuma kelakar kerana terang-terangan gambar itu bukan saya,”

Pada 26 Januari lalu, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy ada memuat naik video berdurasi hampir 2 minit menunjukkan dirinya sedang membuat Chocolate Cheesecake Balls.

Video tersebut menunjukkan Lizzy sedang memakai singlet pendek berwarna merah jambu dan berseluar pendek.

Walaupun tujuan video itu untuk berkongsikan resepi masakan, tetapi lain pula yang menjadi perhatian segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.

Segelintir netizen meninggalkan komen nakal dan beransur luc4h di posting tersebut sehingga membuatkan ada yang tidak selesa dengan komen berkenaan.

Perbuatan mereka itu benar-benar memalukan kerana kebanyakannya merupakan para lelaki dan ada juga yang sudah mempunyai anak dan isteri.

Sehingga kini, Lizzy masih belum membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Harap-harap Lizzy dapat la ‘nasihat’ sikit mereka yang sering meninggalkan komen luc4h itu.