“Terpaling tenang” Wanita Rempuh Kereta Myvi, Masalah Selesai Dengan Tenang & Cepat Tak Sampai 30 Saat!

Sering kali kita lihat apabila berlaku kecelakaan di jalan raya, pasti akan berlaku pertelingkahan antara satu sama lain.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun lain pula yang berlaku dalam rakaman dashcam yang tular baru-baru ini, di mana orang ramai mendakwa bahawa ini merupakan kemalangan yang paling cepat ‘settle’.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh @jllmisai di laman Twitter, dapat dilihat wanita empunya dashcam ini sedang dalam perjalanan mahu membelok ke arah kanan di persimpangan jalan.

Kelihatan sebuah Myvi biru telah memberikan ‘signal’ untuk masuk ke lorong kanan dari lorong tengah.

Apabila wanita itu memandu menghampiri bersebelahan Myvi tersebut, kereta biru itu tiba-tiba masuk ke lorong kanan.

Lantas menyebabkan wanita itu terlanggar bahagian kanan kereta Myvi tersebut.

Setelah 20 saat berdiam diri sambil mengeluh, dia pun membuka tingkap.

Apa yang membuatkan orang ramai tertarik melihat video ini adalah apabila wanita itu terus mencadangankan untuk menyelesaikan kemalangan tersebut dengan cara yang baik.

“Tak apa claim I punya insurans sajalah. Nak pullover (berhenti) dekat mana?” kata wanita itu kepada pemandu Myvi tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat tindakan wanita itu.

Malah ada juga individu yang melemparkan pujian kepadanya kerana menyelesaikan masalah dengan tenang tanpa bertengkar dan sebagainya.

Antara komen netizen:

Ciapan Twitter yang tular: