Tiada Berita Baik Buat Menteri dan Timbalan, Gaji Kekal Akan Dipotong

Selepas kerajaan baru mentadbir negara, banyak penjimatan yang dilakukan dan salah satunya adalah memotong gaji semua menteri dan timbalannya.

Pemotongan gaji jemaah menteri dan timbalan menteri adalah sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan gaji mereka.

Foto: Berita Harian

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pemotongan ini akan diteruskan dan menegaskan masih belum menerima sebarang arahan untuk menamatkan pemotongan gaji  menteri dan timbalan.

“Sama ada potongan itu akan berhenti, bukan saya yang putuskan. Setakat ini saya  tidak menerima apa-apa arahan, jadi gaji mereka akan tetap dipotong 10 peratus.

Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa pemotongan gaji menteri dan timbalan disalurkan kepada kerajaan dan bukannya pada Tabung Harapan Malaysia.

“Nampaknya tak ada berita baik untuk menteri dan timbalan menteri,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.”

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas adakah pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri akan ditarik balik selepas Tabung Harapan Malaysia ditutup pada Disember depan.

Potongan gaji sebanyak 10 peratus turut dilakukan ke atas ketua menteri dan 10 exco di Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.