“Tiada masalah besar pun…” Dikritik Dedah Leher, Jawapan Sharifah Rose Undang Kecaman Netizen

Sebelum menceburi bidang lakonan, seorang personaliti media sosial ini pernah dikaitkan dengan anak tiri kepada Dato Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid.

Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira seorang ‘Insta famous’ yang kini menjadi pelakon Artis Baharu Wanita Popular dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Dia juga terkenal dengan watak ‘Hana Aralyn’ dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard.

Pelakon ‘Kekasih Hati Mr-Bodyguard’ ini telah menjadi perbualan hangat netizen sekali lagi kerana seorang jurusolek profesional, Khir Khalid berkongsi foto Sharifah Rose yang tidak menutup aurat dengan sempurna kerana menampakkan bahagian lehernya terdedah di laman Instagram.

Menerusi laporan Kosmo, Sharifah Rose tampil mendedahkan dan mengakui dia berhijab tapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Dia mendakwa masih mencuba yang terbaik untuk menutup aurat dengan sempurna seperti seorang Muslimah.

“Tentang gambar yang dikongsikan abang Khir itu, bagi saya, tiada masalah besar pun dan terpulang kalau netizen nak gembar-gemburkan tentangnya.

“Dia pun nak test lighting (ujian pencahayaan) sahaja dan kongsi hasil kerja dalam media sosial miliknya.”

“Saya dah lama pakai tudung tapi nak cakap sempurna itu jauh sekali sebab saya pun sama macam orang lain masih belajar.

“Saya akui, kadang-kadang, saya pakai turban. Pakai tudung pun, anak rambut terkeluar dan orang nampak.

“Sebagai seorang manusia yang masih mencari kesempurnaan dalam menutup aurat, saya minta maaf kalau perkongsian saya mahupun orang lain membuatkan khalayak di luar sana terguris hati.” katanya.

Walaupun menjadi topik hangat perbualan netizen, dia menerima komen dan bersikap terbuka dengan kecaman yang diberikan segilintir netizen.

Melihat dia ruangan komen Instagram milik Khir Khalid, rata rata netizen mengecam foto itu. Ada jugar yang mempersoalkan tindakan Khir Khalid yang memuat naik foto itu sedangkan dia tahu itu adalah aurat.

Antara komen netizen di laman Instagram:

“Dah femes mulalah hilang tudung habis habis tinggal scarf je..”

“Nampak leher lah aurat tu..Masha’Allah”

“Aurat tetap aurat..dosa tetap dosa…”

“Leher pon dah free..”

Gambar yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khir Khalid (@khirkhalid)