“Tiba2 bergerak sendiri, ” Banyak Kereta Rosak Akibat Dilanggar Lori Treler

Kemalangan adalah satu benda yang kita tidak boleh jangka bahkah ianya boleh berlaku tidak kira waktu dan tempat namun ada juga kemalangan ‘pelik’ yang terjadi sehinggakan menimbulkan tanda tanya bagaimana ianya boleh berlaku dan apa puncanya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa kereta yang memarkir di hadapan Kilang Tenaga, Kepong telah ‘dilanggar’ dengan lori treler selepas dipercayai bergerak sendiri mencuri tumpuan ramai.

Apa yang menimbulkan keraguan warganet apabila pemandu treler tersebut mendakwa telah menarik brek sebelum turun keluar dari lori tersebut.

Dalam beberapa saat selepas itu, lori tersebut dapat dirakam bergerak dengan sendirinya.

 

Menerusi satu video lain yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @mohdrafi4485, dapat kita lihat keadaan beberapa buah kereta yang dilanggar agak teruk di mana kereta berlaga sesama kereta yang lain, kesan calar dan kemek yang agak besar, ‘bumper’ kerata yang tercabut dan bermacam lagi.

Berikut merupakan video yang tular di TikTok:

@mohdrafi4485Tiba2 jalan sendiri😰lokasi depan kilang tenaga kepong ##fypシ ##viral ##anokkelatetruckers ##trelajalansendiri😰♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@mohdrafi4485Balas kepada @kanda_single1 ##part2 ##trelajalansendiri😰 ##fypシ ##viral ##anokkelatetruckers♬ Astaghfirullah – Hafiz Hamidun

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 681.3K tontonan, 22.0K tanda suka, 1007 komen dan 1035 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib ke semua ‘owner’ kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut termasuklah pemandu lori tersebut kerana dia juga tidak sangka dan tidak ingin perkara tersebut berlaku namun bak kata pepatah, malang tak berbau.

Bukan itu saja, ternyata kejadian itu bukanlah pertama kali terjadi dan rata-rata netizen turut berkongsikan beberapa tips untuk elakkan lori treler daripada bergerak sendiri.

 

Berikut merupakan komen dari warga maya:

Kredit: YOY Network