“Tingginya muncung” Gelagat Anjing Merajuk Dipujuk Abang Bomba Undang Dekah Netizen

Tugas bomba sememangnya sangat mencabar, bukan sahaja perlu menyelamatkan harta benda dan manusia namun bomba turut menyelamatkan haiwan.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, setiap binatang mempunyai perasan takut, gembira, sedih dan yang paling rare adalah merajuk. Bunyi macam pelik tetapi siapa sangka ia sememangnya berlaku.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor anjing merajuk walaupun dipujuk seorang anggota bomba mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rualiachok, beberapa anggota bomba menjalankan tugas menyelamat di sebuah bangunan.

Kelihatan anggota bomba memujuk seekor anjing yang berada di luar bangunan tinggi selepas menerima aduan menyelamat kerana dikhuatiri anjing tersebut akan jatuh dan mengalami kecederaan atau sebaliknya.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah anjing tersebut seakan sedang merajuk walaupun diberi makanan oleh abang bomba.


“Ingatkan perempuan saja kalau merajuk susah nak pujuk” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli hati melihat gelagat anjing yang langsung tidak termakan dengan pujuk rayu abang bomba itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap bomba yang kekal tenang dan sabar melayan karenah manja anjing berkenaan.

Antara komen warga maya:

“Penat abang bomba pujuk dia.. dia pulak buat hal..”

“Laa… jangan la merajuk.. bahaya tu.. sian abang bomba tu pujuk tak jalan”

“Dia punya merajuk toleh pun taknak wo”

“Adoi kelakar pulak, dia punya merajuk mengalahkan orang perempuan”

“engar cerita sampai sekarang abang bomba masih pujuk anjing tu..”

“Pertama kali nampak anjing merajuk.. abang bomba kata dia pujuk bini pun tak teruk macam ni”

“Berat kesnya tu dengan tuannya, merajuk sampai nak terjun bangunan”


Video yang tular di laman TikTok:

@rusliachokanjing merajuk♬ Funny – Gold-Tiger

Sekadar info, kini anjing itu telah berjaya diselamatkan dan ia bukanlah anjing mana-mana pemilik di kawasan tersebut.