“Tolong kami cari Zali,” Akhirnya Setelah 22 Tahun, Syanie & Azlee Berjaya Jumpa Anak Mereka Zali

Siapa je dekat Malaysia ni yang tak layan cerita Senario? Rata-rata daripada kita memang membesar dengan filem komedi ini. Bukan sahaja dekat dengan jiwa penonton, malah telah mencuit hati ramai dengan gelagat bintang-bintang yang ada dalam filem ini.

Oleh disebabkan ramai yang suka dengan filem komedi ini, pengarah kepada filem ini, Aziz M. Osman telah pun menghasilkan pelbagai lagi siri filem termasuklah antaranya Senario Lagi!

Menerusi perkongsian portal YOY, pelakon Syanie Hisham iaitu seorang pelakon dan pelawak wanita terkenal yang juga salah seorang pelakon yang membintangi filem Senario Lagi telah menguarkan-uarkan di TikTok tentang misinya yang dipanggil misi mencari Zali.

Syanie ingin mencari Zali kerana dia dan Zali pernah berlakon sekali pada tahun 2000 menerusi filem Senario Lagi. Zali juga pernah melakonkan watak sebagai anak Syanie dan pada ketika itu Zali baru sahaja berumur 11 tahun!

Tak sampai beberapa hari akhirnya Zali yang mereka cari telah dijumpai dan mereka telah bersua muka setelah 22 tahun berlalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alhariz (@alhariz7)

Syanie berasa amat gembira setelah usahanya itu membuahkan hasil dan dapat bertemu kembali dengan Zali atau nama sebenarnya Al Hariz Ismail yang juga sudah berumur 32 tahun turut sudah berumah tangga!

Menurut sumber Harian Metro, Hariz dan Syanie telah bertemu beberapa hari selepas Syanie dan ahli kumpulan Senario yang lain menjalankan penggambaran filem Jaga Jaga Senariounion.

“Malam semalam dia hadir dan dapatlah kami semua bersua. Dah besar dah ‘Zali’. Kalau dapat jumpa lebih awal, memang kami terfikir untuk masukkan dia sekali dalam filem ini,” ungkap Syanie.

Hariz mengaku bahawa pertemuan tersebut telah mengingatkan dia kembali tentang kenangannya yang berpeluang berlakon sekali dengan bintang-bintang terkenal Senario pada umur 11 tahun.

“Pertemuan semalam memang sangat membuatkan saya teruja selepas 21 tahun tak bertemu dengan mereka.

“Walaupun sudah lebih 20 tahun, mereka masih seperti dulu. Saya pula yang rasa semakin membesar dan meningkat usia,” kata Hariz.

@senariooutofcontextcredit insta syanie hisyam ##fyp ##senario ##senariounion ##masukberanda♬ original sound – Senario Out Of Context

Netizen yang melihat video pertemuan Hariz dan Syanie turut teruja dan gembira atas pertemuan selepas dua dekad itu. Secara tak langsung membuatkan peminat filem Senario tidak sabar untuk menunggu kemunculan filem reunion baru Syanie dan ahli Senario yang lain.

@kechikazriReply to @dekkawa dah jumpa. ##lagilagisenario ##senariounion ##fy ##fypmalaysia ##fypシ゚viral ##fypgakni ##jagajagasenariounion♬ original sound – Kechik Azri@Tapai

Di ruangan komen pula, ramai yang berseloroh tentang watak Zali yang melakukan babak membuang air kecil di dalam botol dalam filem Senario Lagi.

“kencing dalam botol dulu baru kami percaya”

“rasa bangga..da besar diaaa”

“Zali nak kencing kak”