Tunggu Dalam Kereta Ketika Kawan Pergi Solat, Gelagat Pemuda Cina Ini Buat Ramai Terharu

Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua umat islam dan tidak ada seorang pun terkecuali untuk melakukannya cuma ianya mempunyai beberpa kelonggaran buat mereka yang uzur seperti sakit dan wanita yang sedang dalam tempoh haid atau nifas.

Iospital phone repair gombak

Selain daripada alasan tersebut, perlulah kita menunaikan solat seperti yang diperintahkan dalam apa jua keadaaan sekali pun.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki Cina berkongsi sedang menunggu rakan-rakannya sedang solat telah meraih tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ooiliangchia, rakan-rakannya yang lain pergi solat sementara dia berseorangan di dalam kereta.

“Bila kau seorang Cina dan kau keluar dengan geng kau yang semua Melayu, waktu solat ni kau kena masuk masjid dan tunggu diaorang solat di luar masjid,” katanya.

Malah, dia juga berkongsi ketika setiap kali saja habis rakan-rakannya solat, mereka akan memberikan songkok ataupun kopiah untuk dipakainya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap pemuda cina tersebut yang sanggup menunggu rakannya habis solat.

“Kawan-kawan awak anak muda yang baik kerana mereka tak tinggalkan solat” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang bukan muslim akui pernah melakukan perkara tersebut dan telah menjadi kebiasaan untuk mengingatkan mereka tentang waktu solat.

Antara komen warga maya:

“😂😂my friend dulu pun kena.. bila dah biasa.. time mkn tetiba dia sound.. tak baca doa ke? sudah lupa tuhan.. berdekah kami gelak😂😂”

“Hahaha my bf akan tgu I solat. Kdg2 dia dok atas tangga kt masjid. Hahaha. Then dia tny, lajunya td solat tak doa kah? 😅😂”

“takpe🥰..anak murid kak pun ada sorang cina,bestfriend dia semua muslim.masa kawan2 muslim solat,dia bersihkan surau.. bersihkan masjid..🥰”

Video yang tular di laman TikTok:

@ooiliangchiaKawan2 saya ni mmg…nnti suruh pakai songkok, pakai kopiah. Diorg dah tak anggap saya ni Cina 🤣🤣

♬ original sound – Chiaaaaaa