Turn Suami Balik Rumah Madu, Wanita Luah Rasa Rindu Ditinggalkan

Umum kita tahu, kebanyakan wanita paling ‘pantang’ jika disebut bab berpoligami, boleh terbang semua pinggan mangkuk dekat dapur dek kerana mengamuk bila tahu suami nak kahwin lain.

Bagi wanita, poligami ni tak boleh dibawa bergurau, boleh merajuk seminggu kalau suami menyakat bab poligami!

Biarpun begitu, masih ada segelintir yang tidak kisah dan dapat menerima ‘orang’ baru. Siap jadi kawan baik dengan madu sendiri aalkan sang suami bertanggungjawab dan memberi kasih sayang sama rata.

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini dimana luahan ‘rindu’ seorang wanita yang hidup berpoligami mencuri perhatian ramai.

Menerusi video pendek yang berdurasi 19 saat tersebut, kelihatan sang isteri menemani suami sehingga ke pintu lif. Hal ini kerana sudah tiba waktunya untuk suami balik ke rumah madunya.

Wanita ini mengakui bahawa lahirnya perasaan rindu seolah-olah bakal ditinggal lama oleh suaminya namun hakikatnya dia hanya berseloroh memandangkan gilirannya cuma selang sehari sahaja.

Video yang tular di laman TikTok:

@honeyqueen___________Jaga dirimu sayang…🌹♬ satu hati untuk selama nya – 💕Ce”_Chuby_Bandung💕

“bila dah sampai turn sami nakbalik ke rumah madu, time ni la perasaan rindu tu datang.. rindu tu macam nak kena tinggal lama-lama pula padahal selang hari je”

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 628.4K tontonan, 18.0K tanda suka, 1326 komen dan 972 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengn cara lelaki ini berlaku adilkeoada isterinya. Bagaimana pun, ada juga yang menyifatkan hidup bermadu ni hanya mampu dilakukan pada orang yang benar-benar kuat dan tabah sahaja.

“insan terpilih sahaja boleh bermadu, kalau saya memang tak sanggup”

“ramai perepuan sanggup bermadu asalkan berlaku adil dan tidak khianat. Tapi sayang, tak semua lelaki mampu berlaku adil untuk bermadu”

“saya bakal jadi macam sis.. saya doakan sis bahagia ya.. doakan saya juga”

“kalau adil poligami tu tidak menyusahkan.. kena give and take dan semuanya Allah dah rancang untuk kita.. siapa kita untuk menolak”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917