“Unclee, sedapnya!” Pertama Kali Makan Roti Canai, Reaksi Comel Adik Ini Curi Perhatian Ramai!

Sebut sahaja tentang Roti Canai favourite rakyat Malaysia ni, pasti ramai yang terbayang akan kelembutan roti tersebut apatah lagi bila makan panas-panas dan ianya juga antara menu yang sesuai dimakan tak kira masa sama ada pagi, tengahari, petang atau malam.
Iospital phone repair gombak
Makanan sememangnya digemari oleh semua lapisan umur tidak kiralah tua, muda ataupun budak kecil!

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak kecil memberi reaksi yang sangat ikhlas ketika kali pertama mencuba roti canai telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @papa_jiajen, kelihatan dia sedang berada di sebuah restoren pada waktu malam.


Mereka sekeluarga memesan beberapa jenis hidangan termasuklah sekeping roti canai untuk dijamah malah anaknya juga kelihatan teruja untuk merasai sendiri roti canai buat pertama kalinya.

Dapat kita lihat, kanak-kanak tersebut begitu gembira ketika disuap roti canai malah mengakui rasanya sangat sedap.


“Uncle sedapnya!”, jeritnya beberapa kali untuk memberitahu pada si penebar roti canai.

Terhibur melihat gelagat anaknya itu, si bapa hanya mampu tersenyum.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat comel budak lelaki tersebut yang sangat teruja makan roti canai buat pertama kali.

“Boleh jadi model roti canai. Dia punya sedapnya tu sekarang jugak kita pergi beli roti canai.”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan budak lelaki tersebut boleh menjadi model roti canai kerana gelagatnya yang buat ramai geli hati.

Antara komen warga maya:

“Comelnyaaaaaaaa”

“Terbaik lah review”

“Roti canai memang sedap sayang.. you shokiyotttt”

“Sedap sangat tu sampai jerit banyak kali..”

“Boleh jadi model roti canai.. dia punya sedapnya tu sekarang juga kita pergi beli roti canai”

“Pandainya adik.. uncle pun penat dengar..”

“Review paling ikhlas ni.. mesti uncle tu happy”


Video yang tular di laman TikTok:

@papa_jiajen Uncle…can you hear me???😲 #roticanai #mamakfood #fatherhood #fatherson #fathersonduo #malaysianfood #parenting #tiktokguru #tiktokmalaysia #fyp ♬ Funny Song – Cavendish Music