Usahawan Jelita Mahu Hadiahkan Abang Viva Viral Kereta Tapi Gagal Kerana..

Sudah tersebar luas di seluruh media sosial tentang ‘Abang Viva’ atau nama sebenar Azwan Omar yang sanggup datang dari Melaka berbekalkan hanya RM50 di dalam poket ke Shah Alam membawa sebuah bot dengan hanya menaiki kereta Viva demi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Shah Alam.

Usaha murninya itu telah mendapat pujian ramai wargamaya kerana sudi menghulurkan bantuan bukan sahaja di Shah Alam, malah seluruh negeri yang terkesan dengan bencana banjir kilat tersebut!

Oleh sifat baik hati yang ditunjukkannya, seorang usahawan wanita terkenal berasa terpanggil untuk menghadiahkan sebuah kereta baru kepada Azwan. Niat usahawan tersebut adalah supaya Azwan dapat membantu lebih ramai lagi mangsa-mangsa banjir dan individu yang memerlukannya.

Usahawan muda jelita berumur 25 tahun atau dikenali sebagai Sha Hasan berkata dia telah cuba beberapa kali untuk menghubungi Azwan namun gagal.

Oleh itu, dia meminta jasa baik orang ramai di sosial media agar membantunya untuk menghubungi Azwan.

Sha juga berikhtiar mencari Azwan dengan cara berkongsi postingnya itu dia dua buah platform iaitu Instagram dan Facebook.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

“Tolong sha please. Dah banyak kali cuba contact x dapat. Harap abg viva sudi terima” tulisnya di ruangan kapsyen Facebook dan Instagram.

Difahamkan, Azwan gagal dihubungi kerana sedang sibuk menyelamatkan mangsa banjir di Pahang.

Rata-rata netizen memuji sifat baik hati Sha yang sudi memberi hadiah berbentuk sebuah kereta kepada Azwan. Netizen juga mendoakan usahawan jelita yang mempunyai seorang anak lelaki itu agar dimurahkan rezeki dan dilimpahkan nikmat yang lebih lagi. Mereka juga berharap agar Sha dapat bertemu Azwan dengan secepat yang mungkin.

Ramai yang membantu mengemas kini tentang keberadaan Azwan kepada Sha dan memberi nombor serta platform yang boleh menghubungkan Sha dengan Azwan.

Posting yang dibuat Sha di Facebook telah 3.2 tanda suka, 248 komen dan dikongsi sebanyak lebih daripada 1000 kali!

Di ruangan komen, selain memuji Sha, sesetangah netizen juga berharap agar Sha dan sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Azwan untuk bertenang dan menunggu sehingga keadaan betul-betul reda demi memberi ruang kepada Azwan yang sedang mengerah tenaganya membantu mangsa-mangsa banjir di luar sana.

Antara komen-komen di Facebook

Bukan sahaja ditawarkan hadiah sebuah kereta, Azwan langkah kanan kerana baru-baru ini, seorang wartawan telah membuat satu tweet dimana dia menguarkan-uarkan tentang Azwan kini dicari oleh sebuah syarikat pengeluaran kereta tempatan iatu Perodua.

Namun tujuan Perodua mencari Azwan masih tidak diketahui lagi sehingga sekarang.