[VIDEO] “3juta je, baby yang nak,” Founder Produk Hamil Mengidam Lamborghini

Ibu hamil dan mengidam sangatlah sinonim dan sentiasa kita dengari. Ia merupakan suatu keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

Mungkin ia kedengaran aneh dan menyusahkan tetapi itulah perubahan hormon yang berlaku kepada para ibu hamil.

Kebiasaanya ibu-ibu yang mengandung akan berkeinginan tinggi untuk makan tanpa mengira waktu namun lain pula kisahnya dengan usahawan ini kerana mengidam sebuah kereta.

Terbaharu tular di media sosial tentang seorang usahawan muda produk minuman kesihatan iaitu Ayunie telah memuat naik satu video di Tiktok dimana dia dan suami telah pergi ke salah sebuah premis penjualan kereta mewah.

Tidak dapat disangka wanita itu telah meminta kereta mewah berjenama dengan memberikan alasan bahawa dia sudah lama mengidam.

“Harini Yunie ajak suami pergi tengok lamboghini sebab dan banyak hari Yunie mengidam”

“Tapi bila sampai sana suami tak setuju untuk beli”

“Puas Yuni pujuk Yuni merayu sebab bukan Yuni yang nak”

“Tapi baby yang nak”

“Lepas berjam-jam Yuni pujuk Yuni merajuk ”

“Last-last dia bagi syarat dapat 100k like dekat Tiktok baru dia akan beli. uolls tolong Yuni ok capai likes 100k”

Ayuni yang kini hamil selepas 7 bulan perkahwinan telah menggunakan alasan bayi di dalam kandungannya yang mahukan kereta mewah itu.

Walau bagaimana pun suaminya Weldan tidak mahu membelikan kereta mewah itu kerana dikatakan membazir dan perlu menunggu tahun depan namun Yuni masih berkeras serta merajuk kerana mahukan kereta mewah itu dan berkali kali menggunakan taktik ‘baby yang nak’.

“Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli yuni mengidam sangat”

Pengasas produk Vitamilk itu dikecam teruk oleh netizen di ruangan komen kerana netizen mengatakan dirinya hanya mengada-ngada dan memfitnah bayi di dalam kandungan semata mata untuk mendapatkan kereta yang berharga 3 Juta itu.

“Baby belum lahir dah kena fitnah sabar jela kalau orang dah mengidam macam ni.”

“Ni bukan mengidam, ni mengada-ngada”

Namun ada juga segelintir netizen yang kasihan dengan suaminya kerana dapat isteri seperti Yuni lalu Yuni membalas bahawa selama ini dia sudah hidup susah senang bersama suaminya.

“Betul la kat Weldan tu bazir 3 Juta tu kalau invest lagi bagus. tak kira la banyak ke tak jual, sebab kita tak tahu masa depan nanti macam mana”

Terdahulu pasangan muda ini pernah mendapat perhatian netizen kerana di hari perkahwinan suaminya menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mustang.

Video tular di laman Tiktok

@ayunieso24Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli 😭😭 yuni mengidam sangat 😭😭😭 #fyp♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl

 

Kredit: YOY.MY