[VIDEO] 6 Tahun Menanti, Wanita Ini Hamil Kembar 3 Sebak Dengar Degupan Jantung Bayi

Bagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga, kehadiran cahaya mata pastinya senantiasa dinantikan.

Walau bagaimanapun, bukan semua bernasib baik dapat menimang anak seawal setahun dua perkahwinan.

Penantian 6 tahun

Itulah yang dilalui oleh pasangan ini. Perkongsian seorang doktor ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila seorang wanita ini bakal menimang cahaya mata selepas 6 tahun penantian.

Menerusi video berdurasi 03:01 saat yang dimuatnaik Dr. Thoka Muhammad di Instagram, dia  menjelaskan kepada seorang wanita berusia 32 tahun terdapat 3 embrio telah dimasukkan ke dalam rahimnya menerusi rawatan IVF atau persenyawaan in vitro.

Biarpun begitu, pada awalnya ketika melakukan ultrasound, pakar obstetrik dan ginekologi ini memaklumkan hanya kelihatan 2 kantung sahaja (kantung besar, kantung kecil) dalam kandungan wanita tersebut yang membawa maksud dia berkemungkinan akan memiliki kembar 2.

 

View this post on Instagram

 

Blessed after 6 years of trying

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

Selain itu, wanita ini turut mendengar denyutan jantung zuriat kembarnya  itu. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila Dr Thoka memaklumkan bahawa kantung besar dalam kandungannya itu ‘terbelah’ menjadi identicial twin. 

Rupa-rupanya wanita ini berpotensi memiliki kembar 3 sekaligus!  Tidak dapat menahan sebak, wanita ini terus mengalirkan air mata.

Penantian dan doanya selama 6 tahun akhirnya dimakbulkan.

Rata-rata netizen teruja dengan klip tersebut dan mendoakan agar kandungannya selamat dilahirkan kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.