[VIDEO] “Abi nak buat TikToqq tak dengan Yaya?” Keletah Comel Yaya Buat Netizen Terhibur

Semakin besar umur seseorang kanak-kanak itu pasti dia sudah petah bercakap bersama ibu bapa. Saat ini adalah waktu terbaik untuk ibu bapa merangsang minda anak-anak mereka kerana mereka sudah mula memahami apa yang kita katakan.

Diawal usia kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun, merka sudah petah bercakap dan ada sahaja ragam mereka yang boleh mencuit hati.

Sama seperti video yang viral di tiktok ini. Dapat dilihat seorang bapa sedang melayan persoalan anak kecilnya yang dipanggil Yaya sambil anak kecil itu sedang bermai telefon mainan.

Sedang asyik bermain telefonnya, dia bertanya kepada ayahnya untuk bermain tiktok bersama-sama dengannya, lalu bapanya hanya tergelak mendengar soalan anaknya itu.

“Abi nak buat tiktok tak dengan Yaya?”

Walaupun hanya bermain telefon mainan yang berwarna merah jambu itu, namun Yaya kelihatan sangat bijak seperti sedang bermain telefon bimbit yang sebenar. Dia juga berpura-pura untuk menelefon pakcunya untuk bertanya sama ada pakcunya itu sudah sampai di tempat kerja ataupun belum.

Bukan itu sahaja, anak kecil yang comel itu rancak berborak dengan ayahnya dengan pelbagai isu lagi. Dilihat daripada cara kanak-kanak kecil itu berborak, loghat utaranya begitu comel sehingga para netizen turut terhibur melihat ragam anak itu.

Malah ramai yang tidak puas melihat ragam anak kecil itu berbicara. Dengan wajahnya yang comel, suaranya yang begitu manja sehingga boleh cair didengar.

“Comelnya Yaya, pandai betul dia bercakap.”

“Dia tanya nak buat tiktoq tak?Dia tak tahu video dia selalu fyp”

Melihat kecomelan anak kecil itu, ramai netizen yang memuji kepintaran dan keletah anak itu yang petah bercakap. Ada juga yang berharap agar mereka juga dikurniakan anak yang pintar dan comel seperti Yaya.

Sebelum ini, video kanak-kanak itu pernah beberapa kali tular di Tiktok kerana teletahnya yang mencuit hati itu. Ayahnya lah yang sering berkongsi video tentang celoteh anak kecil itu sejak dulu lagi sehingga Yaya dikenali di Tiktok.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 507.8K views, 51.2K likes dan 2K shares di TikTok.

Video tular di Tiktok

@yaya_translatorAda ja benda dia nak jawab.Yaya ohh yaya 😂 ##fyp ##foryoupage♬ original sound – YayaTranslator

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 818