[VIDEO] “Aidil Mai Rumah Kami & Tido Dengan Anak Seminggu” Rita Rudaini Akhirnya Pecah Rahsia!

Kemelut yang melibatkan antara aktres Rita Rudaini, 45, dan bekas suami, Aidil Zafuan, 34, nampaknya masih belum temui titik noktah.

Hari ini, Rita mendedahkan Aidil pernah datang ke rumah dan tid0 dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.

Malah, katanya dia turut memasak untuk Aidil dan anak-anak makan bersama.

Tegas pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membuka rahsia kerana sudah banyak fittnah yang tersebar.

“Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fittnah kan. Jadi inilah kisah,” kata Rita menerusi ruangan komen di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini berharap agar pihak berkaitan tidak melenting kerana dia berkongsikan cerita sebenar.

Malah, dia turut memohon agar tidak lagi menggangu kehidupannya bersama anak-anak.

“Jangan marah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (tipu). Dosa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar.

“Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kacau kami la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.

“Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah. Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan teraniaya.

“Bahagia la dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difitnnah dan dimakki sehingga meneybabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Tidak mendiamkan diri, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.

Terdahulu, Rita tidak mempertikaikan nafkah bulanan diberi namun hanya terkejut apabila Aidil memasukkan nama dua anak bawah penjagaan Rita bagi mendapat pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negrii (LHDN).

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, dia mempersoalkan tindakan Aidil itu memandangkan anak-anak mereka hanya diuruskan oleh dirinya tanpa bantuan orang lain.

“Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk anak umur setahun dan tiga tahun. Itulah duit pembelanjaan susu dan pampers. Sekarang dah 2021 tapi jumlah yang sama.

“Aik hari ini (Ahad) berbunyi pula fasal kes LHDN ke… Kenapa pergi claim? Kesian saya sebab bela seorang, bukan saya nak claim tapi masa nak isi borang itu ada dinyatakan apa yang boleh.

“Rupa-rupanya dah ada orang claim. Saya tak bising pun masa dapat tahu empat tahun lalu. Nak beritahu netizen daripada takut Allah. Moga Allah beri kesedaran dan bersihkan hati,” kata Rita.

Pelakon drama siri Geng Mak Mak ini mendedahkan perkara tersebut dengan memuat naik beberapa status di laman Instastory miliknya sejak Ahad.

Bagaimanapun Aidil ketika dihubungi mStar pada Isnin memilih untuk mengunci mulut mengenai segala dakwaan yang dilontarkan terhadapnya.

“Maaf ya… saya tak nak komen apa-apa,” kata Aidil secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Sebelum ini, Aidil menjelaskan dia menjalankan tanggungjawab terhadap dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, tanpa gagal pada setiap bulan seperti ditetapkan mahkamah.

Pergi mana pun aku bawa, didik anak seorang tak pernah cuit atau kacau duit harta hang.

Aidil turut memberitahu dia menyimpan bukti pembayaran nafkah bulanan dan berhak menyatakan setiap tanggungannya kepada LHDN malah Rita selaku bekas isterinya juga mengetahui perkara tersebut.

Pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu juga terkilan, apabila pihak Rita tidak menjelaskan perkara sebenar sehingga menimbulkan salah faham dan spekulasi buruk yang menjejaskan nama dan kerjayanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar ini berkata dia tidak pernah meminta dan menaikkan wang pembelanjaan anak-anak sejak 2015.

Malah, pelakon telefilem Milik Kita ini memberitahu pemain bola berusia 34 tahun itu sepatutnya berasa bersyukur kerana mempunyai bekas isteri yang telah mendidik anak-anak mereka dengan baik.

“Jangan bunyi, saya tak bunyi dan tak minta naikkan belanja pun dari 2015 hingga sekarang. Saya tak kacau pun duit awak anak beranak. Kenapa sentap? Patutnya hang bersyukur la ada bekas bini yang bagus didik benih hang ini jadi manusia.

“Sekurang-kurangnya aku tak lari tinggal anak-anak aku. Pergi mana pun aku bawa, didik anak seorang tak pernah cuit atau kacau duit harta hang. Pengalaman dulu yang ajar aku jadi loud dan berani.

“Saya tak minta disokong mana-mana netizen sebab saya tak pernah takut jalan/ berjuang seorang diri sebab Allah sentiasa ada dengan kami. Alhamdulillah, kami elok-elok saja hingga sekarang sebab Allah jaga,” ujarnya.

Untuk rekod pada tahun 2017, Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Aidil berkahwin dengan Rita pada 2008 namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yangkini di bawah jagaan Rita.

Aidil seterusnya berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.