[VIDEO] Negatif Setelah 10 Hari Sendirian, Aksi Hafiz Mohamad Rindu Bau Isteri dan Anak Jadi Perhatian

Semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) baru bermula, usahawan dan juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad telah memuat naik berita kurang gembira di media sosial apabila mengesahkan dirinya positif C0VID-19.

Hafiz telah menjalani kuarantin kendiri di rumah memandangkan tiada sebarang simptom yang berlaku kepada dirinya.

Niat asal ingin berehat dalam tempoh PKP ini bersama isteri dan anak tidak kesampaian.

Ini apabila dirinya disahkan menjadi mangsa virus tersebut.

“Harini hari terakhir saya kuarantin.

“Saya dptkan contact “orang tersayang” team team saya tanpa pengetahuan mereka & minta pesanan untuk saya sampaikan “Pesanan PKP” pada team saya

“Fuh, ni video paling lama saya buat. Jam 9pm start sampai lah 4:00am baru siap & record edit semua sendiri. Lebih 20 pesanan juga untuk team semua. Mereka tktahu saya buat ni, jap lagi mereka tengok harap mereka happy

“Happy & seronok sangat, bila saya baca semua pesanan tu. Terbayang muka team sorang sorang, buatkan saya lagi sayang & nak jaga kebajikan mereka lebih lg. Mereka pun di kuarantin, Sedih, ada team yg anak dia baru lahir tapi tkboleh nk jumpa sbb kena kuarantin. Takpa, jd kan pesanan ni sbg penguat semangat

“Harap dengan surprise ni. Buat mereka semua lebih kuat & happy. Kita pasukan awal yg harus kuat supaya customer & team lain pun happy

“Apa pun situasi, kita kena selalu pegang misi ni “Kejayaan Demi Kebahagiaan”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Akhirnya negatif

Selepas 10 hari berkurung di dalam bilik di tingkat bawah rumahnya, dia telah disahkan negatif wabak itu dan kembali bertemu keluarganya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Hafiz memaklumkan yang dia tidak sabar dan sangat merindui bau isteri dan anak kecilnya yang sudah 10 hari tidak bertemu secara dekat.

Dalam muat naik itu juga usahawan muda tersebut turut mengakui memperlajari banyak perkara penting.

Ini sepanjang kuarantinnya dan sempat mengucapkan terima kasih kepada isteri yang bersusah payah menjaganya.

Selain daripada itu, Hafiz turut berterima kasih kepada semua sahabat, keluarga dan pengikutnya di media sosial.

Mereka tak henti-henti mendoakan kesihatannya selama ini.

“Semuanya selesai harini! Rindunya bau isteri & anak bila peluk tadi Ya Allah

“Tersimpan diri ni dalam 1 sudut selama 10 hari buat saya berfikir banyak. Banyak sangat perkara dpt belajar dari hanya mendengar suara “anak & isteri” di atas

“Terima Kasih isteri @syafiqahaina turun naik jaga anak diatas & abang dibawah. Jaga lah abang hingga nafas yg terakhir

“Terima Kasih awak semua sahabat sahabat saya yg mendoakan baik baik buat saya & keluarga. Saya appreciate sangat & saya usaha untuk terus buat kebaikan insyaAllah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Rentetan daripada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Hafiz Mahamad.

Dia mengucapkan rasa syukur diatas keputusan negatif berkenaan ujian saringan kali kedua Covid-19 yang dijalankan keatasnya.

Mereka juga berdoa agar Hafiz dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan terhindar daripada wabak maut itu lagi.