Video Aliff Aziz Tayang ‘Anu’ Tular, Bella Astillah Akui Video Tersebut Dirakam Pada…

Semalam kecoh lagi di Twitter dengan dua video pendek memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz melakukan aksi tidak senonoh di dalam tandas tersebar sejak Sabtu lalu.

Tampil mengenal pasti identiti lelaki berkenaan, pelakon Bella Astillah atau Dayang Nabellah Awang Astillah bagaimanapun memberitahu bahawa video itu dirakam ketika suaminya masih jahil tentang agama.

“Video tu dah sangat lama yang sudah terjadi di masa lalu, saya tak nak tahu dan tak nak tengok pun zaman jahil dia. Waktu itu hati dia mungkin buta.

Seorang netizen berkongsi video lelaki yang dipercayai mirip Aliff.

“Sekarang ini dia sedang cuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan. Tapi masih ada yang ingin menjatuhkan dia.

“Mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff… Wallahualam,” kata pelakon berusia 27 tahun itu ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, dua klip video yang berdurasi keseluruhan hampir dua minit yang memperlihatkan dengan jelas wajah penyanyi lagu Sayang Sayang itu menunjukkan kemaluannya dimuat naik oleh seorang netizen sehingga menjadi perbualan hangat di laman Twitter.

Sehingga kini, video yang memperlihatkan Aliff tanpa seurat benang itu mendapat lebih 20, 000 ribu tontonan, 600 ulang kicau (retweets) dan hampir 1, 200 tanda suka.

Dalam pada itu, Bella yang juga seorang penyanyi memberitahu dia dan keluarganya akan terus mendoakan yang terbaik dan memberi sokongan tanpa henti kepada suaminya.

“Bagi saya sekarang, perkara yang jauh lebih penting adalah saya dan keluarga akan terus mendoakan yang terbaik dan tidak akan berhenti memberikan sokongan 100 peratus kepada dia,” ujarnya.

 

Terdahulu tersebarnya aksi salah faham Aliff di salah sebuah restoran, difahamkan kejadian berlaku Singapura. Dalam rakaman pendek berkenaan, dapat dilihat Aliff membuat provokasi terhadap seorang individu.

Keadaan Aliff sewaktu bertengkar

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, penyanyi yang terkenal dengan lagu sayang-sayang ini meninggikan suara serta membaling kerusi kepada individu berkenaan.

Mengambil masa beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya Aliff Aziz tampil memberi maklum balas berkenaan insiden yang menimpa dirinya itu. Beberapa jam yang lepas, Aliff dilihat memuat naik status di IG story.

Jelas Aliff, tiada seorang yang merasakan kesukaran ataupun kesulitan yang sedang dia hadapi kini. Jadi dia tidak kisah sekiranya ada pihak mempersendakan keadaan yang dialaminya itu. Apa yang pasti, dia masih percayakan Tuhan selagi mana Dia ada disisi. Kerana rezeki adalah milikNya.

Tambah Aliff lagi, dia meminta jangan ada pihak yang cepat menghukum. Mereka perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menilai orang lain. Takut nanti terkena di atas batang hidung sendiri baru tahu peritnya macam mana.

Aliff kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember tahun lalu selepas dua tahun menetap bersama keluarganya di Singapura.

Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.