[VIDEO] Anak 8 Tahun Dibaham Buaya, Ibu Meraung Di Tepi Pantai Tunggu Jasad Dikeluarkan

Ibu mana yang sanggup kehilangan anak buat selamanya tatkala anak yang dijaga dan dibesarkan dijemput ilahi dalam sekelip mata.\ pastinya akan memberi kesan yang mendalam buatnya.

Itulah yang terjadi kepada sang ibu yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya telah pergi buat selamanya akibat diterkam oleh buaya di sebuah pantai di Lombok baru-baru ini.

Menerusi muatnaik di laman Tiktok, seorang individu telah berkongsi rakaman yang menyayat hati tentang seorang ibu yang terkulai layu selepas dikhabarkan anaknya telah diterkam buaya.

Difahamkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dan kedua ibu bapanya pergi ke persisiran pantai untuk melakukan aktiviti mandi-manda, namun aktiviti itu akhirnya bertukar tragedi yang tidak dapat dilupakan apabila si anak telah diterkam oleh dua ekor buaya.

Menurut kenyataan ayahnya, anaknya mula hilang dari pandangan selepas dia selesai menyelam.

Dia yang berasa hairan dengan perkara itu terus mencari anaknya kerana berfikir bahawa anaknya lemas oleh kerana tidak timbul-timbul di permukaan air.

Walau bagaimanapun, ayahnya telah mengejar dua ekor buaya yang dianggarkan sepanjang 3 dan 4 meter dengan menggunakan bot laju milik penduduk setempat.

Namun apa yang menyayat hati apabila anaknya ditemukan bersebelahan dengan salah seekor buaya itu, dan pakcik dan ayahnya dengan beraninya terjun ke dalam air untuk menyelamatkan anaknya keluar dari perkarangan pantai serta membawanya ke pusat rawatan.

Kanak-kanak berusia 8 tahun itu dikatakan mempunyai kecederaan yang teruk di bahagian paha dan punggung yang menyebabkan kanak-kanak terbabit tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Situasi pilu dan menyayat hati itu telah tular di media sosial Tiktok dengan kelihatan ibunya tidak dapat menerima kenyataan serta meraung meratapi pemergian anak tersayang akibat tragedi itu.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan tular di tiktok dengan lebih daripada 8 Juta tontonan, 737 ribu likes dan 22.2 ribu perkongsian.

“Pengorbanan seorang ayah, kalau saya tak tahu la berani ke tak nak selamatkan dahla buaya” kata seorang netizen.

“Pakcik dan ayahnya sempat kejar nasib baik belum sempat dibaham terus, pakcik mangsa terus terjun selamatkan mangsa dan dibawa ke klinik.” kata netizen lagi.

@putraborneo91anak 8 tahun di tarik buaya lokasi pantai teluk lombok.#sangatta #kutaitimur_kaltim♬ suara asli – putra borneo

 

Kredit: YOY Network