Walaupun tiada crown, bunga dan juga perhiasan mewah yang berlebihan, Mira Filzah tetap anggun dengan gaun berwarna emas di samping suami tercinta pada malam resepsi perkahwinannya.
View this post on Instagram
Tampak mewah
Menerus #EmirAmirah di Instagram, gambar serta video dari IG story milik sahabat handai dan ahli keluarga telah berkongsi suasana cukup romantis di persandingan pengacara Nona itu dan suaminya, Wan Emir Astar.
View this post on Instagram
Suami romantis
Dalam pada itu, momen-momen romantis yang terlihat dari sisi Wan Emir juga berjaya dirakam apabila bertungkus-lumus membantu isteri tersayang turun daripada tangga pelaminan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Pelamin persandingan merpati dua sejoli ini telah direka khas oleh rekateemor dan bertemakan The Midnite Sky.
View this post on Instagram
Majlis resepsi ini merupakan majlis kedua selepas pernikahan yang diadakan semalam di Convention Centre Sime Darby. Resepsi kali ini diadakan di Hotel Le Meridien, Putrajaya merupakan majlis resepsi bagi pihak perempuan.
Semalam, Mira Filzah dan Wan Emir telah selamat bergelar suami isteri selepas melangsungkan pernikahan.
Kedua mempelai ini yang bertunang pada 17 Julai lalu telah mendedahkan cara perkenalan mereka apabila memulakan perkenalan di media sosial.
Rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan Mira Filzah pada malam ini.