[VIDEO] Awek Kantoi Keluar Dengan Lelaki Lain, Tak Sedar Boyfriend Ada Makan di Belakang

Dalam percintaan, kesetiaan adalah kunci utama seebuah hubungan untuk terus berkekalan.

Tiada guna jika bercinta lama lama tetapi akhirnya hubungan itu musnah disebabkan salah sorang tak setia.

Lazimnya, hati wanita memang akan mencintai seorang lelaki yang sama sehingga ke akhir hayatnya.

Malah jika putus sekalipun, barangkali mengambil masa bertahun-tahun untuk move on.

Meskipun jarang kita mendengar wanita duakan pasangannya, namun tidaklah bermaksud bahawa ia tidak berlaku.

Kena “game” sememangnya perit, tapi lebih perit jika ‘kantoi’ depan mata.

Sama seperti kisah seorang pemuda ini, dia menyaksikan sendiri teman wanitanya bermesraan dengan lelaki lain.

Tak dapat dibayangkan kalau kita duduk ditempat pemuda ini. Luluh hati!

Difahamkan, sebenarnya sebelum ini pemuda itu sudah pun merasakan bahawa teman wanitanya bermain kayu tiga di belakangnya.

Namun apa yang dirasakannya sebelum ini ditambah dengan bukti yang lebih kukuh apabila dia melihat perempuan terbabit sedang bermesraan dengan jejaka lain di sebuah kafe.

Lebih tegang lagi, ternyata gadis berkenaan tidak sedar bahawa rahsianya sudah terbongkar.

Video tular di Tiktok

@topesraymondSelingkuh nya ga rapih nih ##MerdekaCatetRibet ##xyzbca ##fyp♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Sering menyendiri dan bercakap sorang-sorang

Lelaki tersebut dikatakan seperti sedang mengalami tekanan perasaan selepas daripada kejadian di kafe itu.

Bukan itu sahaja dapat disaksikan pemuda berkenaan hanya duduk berseorangan sambil bercakap sendiri di tepi jalan.

@topesraymondReply to @sansart09 Mental dia udah keganggu kt mau bawa dia ke psioterapis abis ini ##MerdekaCatetRibet ##xyzbca ##fyp♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Dalam waktu yang sama, terlihat jelas diraut wajahnya yang agak kecewa mengenangkan apa yang terjadi.

Teman aku dengan sabar jelaskan dan mahu teruskan hubungan ini

Disebabkan oleh video tular tersebut, wanita berkenaan terus menelefonnya dan mula ‘bertekak’. Lumrah kaum hawa, dah salah masih taknak mengalah!

Pemuda itu cuba untuk perbaiki hubungan semula

Jelas menunjukkan pemuda itu sedang cuba memujuk untuk perbaiki hubungan mereka semula.

Namun, siapa sangka buah hatinya itu terus menolak dan ingin mengakhiri hubungan mereka.

@topesraymondReply to @panduhilal Sumpah kesel ama temen aku. Dia sayang ny tulus tp malah di sia sia in ##MerdekaCatetRibet ##xyzbca ##fyp♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Video itu mendapat pelbagai reaksi dan pandangan daripada netizen.

Betul kata orang dulu dulu, kalau tak pandai setia, jangan sesuka hati bercinta dan mainkan perasaan orang.

Kredit: YOY.MY