[VIDEO] Ayu Raudhah & Zaquan Adha Dedah Wajah Anak Bongsu, Beri Nama Muhammad Aisy Al Jibreel

Pelakon cantik, Ayu Raudhah, 36, selamat menimang cahaya mata bayi lelaki malam beberapa hari lepas.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi Instastory miliknya sekitar pukul 8 malam.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. Mommy dan baby boy sihat dan selamat,” coretnya.

Sementara itu, suaminya yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha, 33, meluahkan rasa syukur juga menerusi IG Story miliknya.

“Alhamdulillah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki,” tulisnya ringkas.

Bersempena genap seminggu melahirkan cahaya mata kelima, pelakon, Ayu Raudhah akhirnya mendedahkan nama puteranya itu.

Sambil berkongsi sebuah video yang memaparkan wajah comel bayi tersebut, Ayu memaklumkan dia dan suami telah sepakat untuk menamakan anak mereka Muhammad Aisy Al Jibreel.

Jelas Ayu, dia berasa amat bersyukur kerana bayi seberat 1.94 kilograms itu telah dilahirkan dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi.

“Alhamdulillah Syukur Allah Kurniakan lagi Rezeki Zuriat Keturunan untuk Yang Sempurna Untuk Ku.

“Semoga Akhlak dan Adabnya jugak Sesempurna ciptaNya. Menjadi anak yang soleh, penyejuk hati Mummy dan Daddy.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak negara, Zaquan Adha itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Ayu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya sepanjang melahirkan anak kelima ini.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dengan kata-kaka yang baik, semoga segalanya kembali kepada anda.

“Muhammad Aisy Al Jibreel, 1.94kg slim je kelahiran Jibreel memeriahkan keluarga kami.

“Kalau nak p bejalan mana takdak sapa bole tumpang dah. Penuh qeta 8 orang @zaqone_08,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga bayinya itu membesar menjadi anak yang soleh.

Untuk rekod, pasangan Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)