[VIDEO] “Babyboy ni sepatutnya kembar Aafiyah 3 tahun dulu” Siti Nurhaliza Dedah ‘Kembar’ Aafiyah

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bayi yang dikandungnya kini merupakan kembar Aafiyah yang menjalani prosesIVF sama tiga tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Siti mengikut saranan doktor untuk tidak melakukan proses tersebut serentak pada masa hendak mengandungkan Aafiyah pada 2017.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Disebabkan ini prosesIVF, apabila buat peringkat-peringkatembrio itu, baby boy ini sebenarnya kembar Aafiyah.

“Terjadi pada hari sama waktu sama. Ketika itu, doktor tak galakkan baby masuk duaembrio, jadi masuk satu dahulu iaitu Aafiyah.

“Tiga tahun selepas itu baru masuk baby boy,” kongsi Siti menerusi sepotong video ketika sesi temuramah bersama Nabil Ahmad.

“Rupa-rupanya “baby boy” Tokti untuk kandungan kali ni sebenarnya sepatutnya jadi kembar Aafiyah dulu. Tapi ditangguhkan dulu proses, dah 3 tahun baru proceed atas nasihat Dr. Allahu.”

Perkongsian Siti itu tular di laman media sosial Twitter dan mendapat pelbagai reaksi mengejutkan daripada peminat setianya.

Pada 2017, Situ mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.

Itu adalah khabar terindah dalam hidupnya selepas mengalami keguguuran pada November 2015.

Siti mengaku menjalani raw4tan kesuburaan in-vitroIVF dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan Datuk K.

Raw4tanIVF itu adalah percubaan ketiga dilakukan Siti sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin dengan suami.

Siti selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun.

Pada 1 Disember lalu, Siti mengesahkan dia kini berbadan dua dan bakal bersalin pada April 2021.

Siti berkata, usia kehamilannya sudah memasuki empat bulan dan berharap semua pihak mendoakan kehamilannya berada dalam keadaan baik.

“Benar saya sedang hamil empat bulan. Alhamdulillah, saya ingin berterima kasih kepada semua kerana ramai yang mendoakan kehamilan kedua ini. Doakan semoga kehamilan ini saya diberikan kekuatan serta melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna.

“Soal jantina saya terima dengan hati terbuka, tapi lebih seronok kalau kehamilan kali ini dapat timang anak lelaki. Apapun doakan agar semuanya berjalan dengan baik,” katanya pada majlis pelancaran produk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menurut Siti, dia mengakui ramai yang sudah dapat meneka serta berteka-teki mengenai kehamilan keduanya.

“Rasanya sudah ramai yang boleh agak dan berteki-teki selepas saya ambil keputusan untuk berehat dan duduk di rumah. Lagipun dalam suasana yang tidak mengizinkan ini adalah lebih baik untuk duduk di rumah saja,” katanya.

Pada 2017, Situ mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.