[VIDEO] “Bangunlah Mak,” Ibu Bapa Ditidurkan, Anggota Polis Menangis Buat Netizen Sebak

Umum mengetahui wabak C19 masih lagi berkeliaran walaupun trend penurunan pesakit yang dijangkiti semakin baik.

Walaupun tidak separah sebelum ini, namun masih ada lagi pesakit yang perlu ditidurkan akibat pernafasan yang kurang baik.

Banyak berita yang kita dengar tentang pesakit akan diberi peluang untuk menghubungi ahli keluarga sebelum dibius dan ditidurkan.

Mereka juga perlu mengucapkan kalimah syahadah sebagai tanda persediaan akan sedarkan diri semula atau pergi buat selamanya

Kaedah ini digunakan sebagai salah satu cara merawat dengan ditidurkan untuk memberikan bantuan pernafasan kepada pesakit C19.

Anggota PDRM sedang bertugas terima berita ibu dan bapa ‘ditidurkan’

Terbaru, tular di media sosial tentang seorang anggota polis mendapat berita tentang ibu dan bapanya terpaksa ditidurkan akibat wabak C19.

Anggota polis tersebut difahamkan sedang bertugas dan dilihat menangis di dalam kereta sejurus selepas mendengar perkhabaran ibu bapanya perlu ditidurkan sambil memegang telefon bimbit.

Katanya dia juga sudah lama tidak berjumpa dengan ibu bapanya di kampung selepas Perintah Kawalan Pergerakan diadakan malah sibuk menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai anggota polis.

Video tersebut sememangnya menyentuh hati netizen yang melihat video pendek tersebut kerana dia yang dilihat berseragam lengkap dipercayai sedang bertugas namun tidak menahan sebak susulan berita yang diterima.

Tidak dapat bayangkan berada di tempatnya ketika ini.

Rakannya yang turut berada di sebelah cuba untuk menenangkan dirinya namun dia tidak dapat menahan sebak ketika itu terus menangis dan menekup mukanya dengan tangan.

Menurut info, ibu bapanya juga berkerja dalam anggota unit uniform yang sama dengannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai kesedihannya itu dan merasa sebak dengan hal itu.

Namun ramai yang memberikan kata-kata semangat dan memberikan doa agar kedua ibu bapanya dapat sedar dari tidur serta diberi kesembuhan.

“Mashaallah, moga Allah buat keajaiban untuk mak ayah encik. Inshaallah, doa adalah penghubung kita dgn Allah.” kata seorang netizen.

“Betul orang kata, sekeras mana pun kita tapi bab mak ayah kita boleh tewas. Harap sangat mak ayah abang cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. Aminn.”

Video tular di Tiktok

@mrbulatt87😭minta kenalan semua kita doakan ya pada NORMALA BINTI ABDUL GHANI(MAK)SHARIP BIN IBRAHIM(BAPA)#covidisreal🌏💔♬ Sholawat Merdu – zahra

 

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 818