[VIDEO] “Banyak sangat tudung awak bagi saya, moga beri manfaat untuk awak Sarah” – Elyana

Setiap wanita Islam pasti ingin menunaikan kewajipan dalam menutup aurat dengan sempurna.

Sebagai wanita yang memakai tudung pasti akan memberikan ganjaran kepadanya di dunia dan juga di akhirat.

Menerusi perkongsian seorang penyanyi iaitu Elyana di laman Instagramnya, dia amat berdukacita dengan pemergian allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang juga merupakan rakan karib dari awal kariernya sebagai penyanyi.

Elyana mendedahkan, dia allahyarham Siti Sarah telah memberi banyak tudung kepadanya selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada pertengahan bulan Jun lalu.

Semoga bermanfaat buat saya

Di dalam video berkenaan, dia telah memakai sehelai tudung berwana merah hati yang merupakan tudung yang dihadiahkan oleh arwah Sarah untuknya terus istiqomah berhijab.

“Assalamualaikum. Hari ini saya pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah. Banyak sangat tudung awak beri untuk saya. Alhamdulillah sekarang saya sudah pun bertudung. Jadi bolehlah pakai tudung yang awak bagi setiap hari. Semoga bermanfaat untuk awak dan juga saya.

“Saya sayang awak. Terima kasih Sarah,” ujarnya yang turut mendendangkan lagu berjudul Hampa, nyanyian Ari Lasso.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Awak meninggalkan memori yang indah 

Sebelum ini, Elyana ada berkongsi di Instagramnya tentang kenangan bersama sarah semasa mereka aktif dalam kerjaya mereka.

Elyana juga turut berkongsi perbualannya dengan arwah semasa dia di hospital. Katanya Arwah sentiasa memberikannya kata-kata semangat, sering bertanya khabar dan sentiasa menyokong bisnes penyanyi itu.

“Awak meninggalkan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama-sama membesar dalam industri dari remaja, sampailah berumah tangga.

“Awak masih tidak lupa untuk mencari saya dan bertanya khabar. Saya jual kuih, awak beli. Awak sangat menyokong saya. Sudahlan comel, pandai nyanyi dan baik hati pula,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Terdahulu, Elyana merupakan penghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu dan dia ada berkongsi paparan perbualannya bersama Allahyarham yang mahu meminjam semangatnya untuk terus kuat berjuang melawan penyakit.

Dalam paparan tersebut, dua sahabat baik itu saling mengagumi dan sentiasa memberi kata semangat di antara satu sama lain supaya cepat sihat daripada sakit.

Kredit: YOY.MY