[VIDEO] Bengang Dikatakan Meniipu, Influencer Vietnam Tunjuk Bukti Video 2 Tahun Lepas

Baru-baru ini, seorang influencer terkenal kacukan Jerman-Vietnam, Jade Anh, membuka kisah mengenai penerbangannya ke Malaysia untuk penggambaran muzik video.

Namun, kemunculannya di dalam video tersebut terpaksa disunting di atas dakwaan isteri penyanyi utama berasa cemburu.

Berikutan dakwaan tersebut, penyanyi, Akim Ahmad telah tampil memberi penjelasan memandangkan namanya dan isteri, Stacy, telah dipetik oleh netizen.

Tidak hanya mendiamkan diri, Jade Anh menerusi Twitter memuat naik keratan mesej yang dikatakan daripada person in charge kepada muzik video tersebut.

Katanya lagi, punca cemburu tidak ditulis di dalam mesej memandangkan mereka bercakap menerusi telefon.

Menurutnya, tweet yang ditulis sebelum ini bertujuan untuk menceritakan pengalamannya yang lalu. Namun, seseorang telah menjadikannya besar dan cuba menuduh dia sebagai penipu.

Dia langsung tiada niat untuk memperbesarkan hal yang lepas, oleh itu dia meminta maaf.

Terdahulu, Akim Ahmad telah tampil membuat penjelasan mengenai isu tersebut yang mula tular di serata media sosial memandangkan namanya dan isteri, Stacy dipetik oleh netizen.

Jelas penyanyi lelaki itu, lagu ‘Rampas’ didekasikan khas untuk arwah ibunya. Maka dia tidak mahu muzik video yang memaparkan babak sensitif mahupun keterlaluan. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk menukar semua konsepnya supaya boleh ditonton semua.

Rampas tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang

“Rampas tu, tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang, ibu aku. Dengan MV yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan”.

“Jadi aku ambik keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua”.

Aku masih berpegang pada adat dan budaya timur 

“Termasuk keluarga aku anak-anak aku, cikgu aku, kawan ayah aku, kawan ibu aku, kawan-kawan aku, sebab aku masih berpegang pada adat dan budaya timur aku, sebab aku, Anak Ahmad”.

“Aku dah kehilangan ibu aku, kalau aku keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang asia macam aku ni”.