[VIDEO] Berkat Doa Ibu, Wany Hasrita Berjaya Miliki Rumah 2 Tingkat Pada Usia 27 Tahun

Penyanyi Wany Hasrita memanjatkan kesyukuran apabila impiannya untuk memiliki sebuah rumah tercapai apabila dia menerima kunci rumah pertamanya baru-baru ini.

Betullah, kata-kata itu satu doa

Menurut penyanyi itu, ia merupakan azamnya untuk tahun 2019 tetapi dia gembira memilikinya meskipun lewat setahun.

 

View this post on Instagram

 

Baby smile & dress up. . This is Maira from @losravelda ❤️

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

“Alhamdulillah untuk segalanya. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pergi haji dan umrah doa permudahkan untuk beli rumah”.

Ibu, ini rumah kita

“Ini azam saya tahun 2019, satu tahun lewat. Tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hambaNya”.

“Ibu, ini rumah kita. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Dam dam dum 2020 🎉 #rayaWH

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

Wany turut berkongsi berita tersebut apabila memuat naik satu posting di akaun Instagram miliknya.

Berkat doa ibu

Menerusi entri tersebut dia turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan momen-momen saat melawat rumah tersebut.

Momen indah buat Wany dan ibunya

Penyanyi itu ditemani ibunya kelihatan sangat gembira menunjukkan ruang-ruang di kawan rumahnya yang difahamkan terletak di Semenyih.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.