[VIDEO] “Bila dah kena baru tahu,” Abang Siti Sarah Mohon Maaf Pernah Hina Frontliners

Wabak pandemik C19 adalah benar dan nyata, namun bagi mereka yang belum pernah kena atau tiada ahli keluarga yang terkena wabak ini pastinya mereka sukar untuk percaya.

Sama seperti Abang kepada Allahyarham Siti Sarah, Ahmad Firdous Raisuddin yang baru-baru ini telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat malaysia dan juga frontliners di akaun Facebooknya.

Menurut Firdaous yang baru sahaja sembuh dari dijangkiti wabak C19 tahap 4 itu berasa kesal dengan kata-katanya sebelum ini.

Dia memohon maaf dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada frontliners yang bertungkus lumus membantu pesakit untuk sembuh dan sedaya upaya cuba menyelamatkan nyawanya ketika di wad ICU.

“Orang kata Cvid is real, memang Cvid is real. Dah kena, Cvid is real la. Pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh la apa la, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor, pada nurse dan berterima kasih.”

“Bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa saya ni, terima kasih banyak-banyak. Frontliners memang saya respect. Frontliners yang menjaga di wad ICU, saya katil kat depan, bayangkan macam mana diorang bekerja.”

Tambah Firdous, dia kesal kerana sebelum ini menghina dan menggangap frontliners sebenarnya mahu membunuh pesakit-pesakit Cvid yang ada sedangkan merekalah yang mencuci najis dan menjaga kebersihan pesakit semasa di ICU.

“Yang kita ni pulak kata nurse tu nak bunuh kita. Ada nurse tunggu depan kita, apa-apa jadi kau kencing, kau berak, dialah yang mengelap, pakai pampers. Wad ICU mana ada tandas. Macam mana kita nak hina dia lagi.

“Tu la kata, bila dah kena, baru tahu. Baru kita rasa, teruklah kita ni. Menyebarkan benda yang tak benar, tak baik, padahal dia yang tolong kita ,”

Bukan itu sahaja, Firdous yang selama ini dikatakan sebagai anti v4ksin, akan mengambil v4ksin C19 tidak lama lagi.

Dia turut menganggap apa yang terjadi itu adalah pengajaran buat dirinya namun dia turut berpesan walaupun hak mengambil v4ksin itu adalah hak individu tetapi kita tidak tahu antibodi kita mampu atau tidak jika terkena jangkitan ini.

“Diri saya bila dah kena, insyallah bila saya sihat, insyallah saya akan ambil v4ksin. Saya tahu penderitaan orang yang kena Cvid sangat teruk.

“Mana yang cakap dulu saya anti v4ksin, takpe la itu pengalaman hidup saya, pengajaran bagi saya. Dan mereka-mereka yang taknak ambil (v4ksin), terpulang pada korang.

 

“Saya tak paksa tapi bila kena Cvid walaupun tahap 1, 2, kena ingat korang boleh jangkit pada orang lain dan orang lain kita tak tahu antibodi diorang macam mana.

Di dalam perkongsiannya di Live itu, katanya sepanjang dia berada di ICU, apa yang dilihatnya setiap hari amatlah mengerikan kerana setiap hari ada sahaja yang meninggal dunia dan setiap masa jugalah dia cuma berdoa untuk keluar dari wad ICU serta sedaya upaya melawan penyakit itu demi keluarga.

“Pengalaman saya di ICU, saya baring, ada yang baru masuk dan ditidurkan, esok pagi dialisis terus, saya tengok benda-benda ni dalam ICU amat-amat mengerikan, menakutkan.

“Hari-hari kita berdoa, kadang moral kita down, boleh jadi naik, nak keluar daripada ICU untuk lawan Cvid ni,”

Luahan Firdous itu turut mendapat perhatian warganet di lana Twitter dan videonya dikongsikan semula oleh Khairul Hafidz.

Video penuh Firdous di laman Facebook

Kredit: YOY Network