[VIDEO] Buat Majlis Aqiqah Anak Secara Sederhana Dengan Patuh SOP, Lisa & Yusry Terima Pujian Netizen

Pelakon dan pengacara Datin Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya iaitu bayi lelaki pada 15 Jun lalu.

Apa yang menarik bayi ketiga mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan Datuk Yusry Abdul Halim.

Hadiah hari lahir istimewa

Pengarah berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan turut memberitahu isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik.

Menerusi laman Instagram, aktres jelita Datin Lisa Surihani dan suami Datuk Yusry telah menganjurkan majlis aqiqah buat anak ketiganya, Yunos Laith pada Isnin.

Lisa bersyukur majlis aqiqah berjalan lancar

Perkongsian yang dimuat naik oleh Lisa yang berkongsi sebuah video pembungkusan makanan upacara aqiqah tersebut yang dilakukan secara sederhana untuk tatapan umum.

Apa yang menarik perhatian wargamaya, majlis pelakon ini dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Makanan dihantar dan diagihkan kepada golongan asnaf

Urusan penyembelihan dua ekor kambing serta semua makanan diagihkan dan dihantar pada golongan asnaf dan keluarga terdekat.

“Terima kasih @kedaikopikl tolong permudahkan untuk kami laksanakan upacara aqiqah bagi anak kami Yunos Laith bin Yusry.”

Alhamdulillah selesai

“Bantu kami untuk agihkan dengan servis penghantaran makanan nasi arab dari penyembelihan dua ekor kambing bagi golongan asnaf dan keluarga terdekat.”

“Alhamdulillah selesai. Thank you sayang daddy @yusryabdhalim,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.”

Lisa kongsi foto cukur rambut Yunos yang dilakukan oleh Yusry

Selain itu juga, Lisa turut berkongsi foto cukur rambut Yunos yang dilakukan sendiri olehnya dan Yusry.

Meninjau ke ruangan komen, majlis aqiqah anak Lisa dan Yusry ini menerima ramai pujian ramai apabila ia dilakukan secara sederhana dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara pasangan selebriti ini menguruskan majlis mereka yang mengikut SOP.

Malah, mereka turut kagum cara pasangan ini mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Netizen turut mendoakan agar bayi mereka menjadi anak yang soleh dan mendoakan keluarga dirahmatiNya.

Perkongsian video yang dimuat naik oleh pelakon ini telah mendapat perhatian ramai dan meraih hampir 300,000 tontonan setakat ini.

Lisa selamat lahirkan bayi lelaki

Pada 15 Jun lalu, Lisa selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yunos Laith seberat 3.49 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya yang juga pengarah dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim menerusi akaun Instagramnya kira-kira jam 10.30 pagi tadi

Kongsi tarikh lahir yang sama 

Apa yang lebih bermakna adalah apabila anak pasangan ini berkongsi hari lahir dengan Yusry.

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby dan Mummy dalam keadaan baik. Syukur.”

Welcome to the world Junior

“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulis Yusry.

BACA: “Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui” Luahan Yusry Buat Lisa Suriani

Pasangan Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne, 4.

Default image
admin
Articles: 818