[VIDEO] “Bukan halau korang..” Bapa Terpaksa Serahkan Tiga Orang Anak Kepada Jiran Sebab…

Seperti yang kita sedia maklum, negara kini dalam usaha menyekat rantaian pandemik yang semakin membimbangkan dinegara kita.

Orang ramai disarankan untuk sentiasa memakai penutup mulut dan hidung, mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta keluarga.

Ramai yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan pandemik ini di media sosial supaya menjadi pengajaran buat orang ramai.

Keluarga disahkan positif namun 3 orang anaknya disahkan negatif

Begitu juga dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ramzi Yusof berkongsi kisah di mana dia dan keluarga disahkan positif.

Walaubagaimanapun, tiga orang anaknya yang masih kecil telah disahkan negatif dan perlu pengasiangan dari mereka buat sementara waktu ini.

Lelaki ini berkongsi klip video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu telah mencuri tumpuan ramai.

Jiran datang membantu jaga ketiga-tiga anaknya

Disaat runsing dengan keadaan yang menimpa, datang jiran yang prihatin datang membantu menjaga ketiga-tiga anaknya yang masih kecil.

Susulan daripada itu, Ramzi memberitahu bahawa ketiga-tiga anaknya itu terpaksa menetap bersama jiran buat sementara waktu.

Sebak lihat ketiga anak kecil tadi menangis ketika berpisah

Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak tersebut kelihatan menangis sewaktu hendak berpisah dengan ibu bapa mereka.

Difahamkan, empat orang dewasa dari keluarga itu telah disahkan positif akan tetapi ketiga-tiga anak disahkan negatif.

Kami bukan halau, kami tidak mahu mereka dijangkiti

Berat hati untuk berpisah namun terpaksa kami lepaskan mereka bertiga tinggal bersama jiran.

Menangis si abang bila kami letak mereka terus di luar. Kami bukan halau, tapi kami tak nak mereka dijangkiti.

Anak 10 bulan terpaksa diletakkan di atas lantai

Selepas menutup pintu, kami hanya mampu tengok mereka dari dalam rumah sahaja. Jiran datang ambil mereka.

Menurut Ramzi, anaknya yang berusia 10 bulan terpaksa diletakkan di atas lantai depan rumah sewaktu jirannya hendak datang ambil.

Jiran bertawakal untuk jaga anak-anak saya

Meskipun sedih dengan situasi tersebut, Ramzi dan isteri terpaksa akur demi keselamatan anak-anaknya.

Jelas Ramzi, jirannya sangat baik dan mereka sudah tawakal untuk menjaga anak-anaknya.

Hanya Allah mampu membalas jasa jirannya

Tambah Ramzi lagi, semoga Allah yang mampu membalas jasa baik jirannya itu.

@ramziyusof##COVIDISREAL JANGAN MAIN MAIN WAHAI RAKYAT MALAYSIA..BUATLAH PKP PENUH KAMI SENDIRI PUN TAK TAHU DARI MANA DATANG ALLAHU..♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat klip video yang dikongsikan oleh lelaki itu.

Mereka turut menitipkan doa supaya keluarga ini kembali sihat dan ketiga-tiga anak mereka kembali ke pangkuan keluarga.