[VIDEO] Dah Siap Make Up, Bakal Suami ‘Tak Datang’ Masa Majlis Akad Nikah

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya memasang niat untuk menghalalkan perhubungan tersebut. Malahan, pelbagai persiapan harus dibuat sebelum tibanya hari bahagia itu.

Namun, ini kisah sedih yang dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Atiqah, di aplikasi TikTok apabila bakal suaminya dipercayai ‘hilang’ dan tidak muncul setelah segala persiapan telah siap semasa hari bahagianya.

Tabahnya awak!

Menerusi video TikTok yang berdurasi lebih 32 saat itu, memaparkan ketabahan wanita berhadapan dengan ujian yang sangat berat.

Dalam video tersebut, menunjukkan segala persiapan sudah dibuat termasuk pelamin, hantaran, dan make up. Namun apa, yang menyedihkan, apabila bakal suami tidak hadir bagi upacara ijab dan kabul itu.

Dia bersama keluarganya terpaksa akur dengan apa yang terjadi dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Sedihnya!

Lagi menyedihkan apabila pelamin mahal yang ditempahnya tidak sempat digunakan untuk upacara bersanding namun telah dikemas dan dicabut.

Tidak berakhir di situ, dia sempat memuat naik lagi satu video wajahnya yang cantik setelah disolek sebagai kenangan buatnya pada masa akan datang.

Video-video tersebut dihujani dengan ratusan komen yang mendoakan supaya dia berjumpa dengan jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.

Malah, netizen turut memuji wanita tersebut kerana masih kuat berdepan dengan ujian itu. Semoga awak terus kuat ya!

“Ya Allah,,semoga perkara seperti ini tidak terjadi kepadaku ya Allah,, Aamiin,,,,,awak sungguh kuat sis,, Semoga ada jodoh yg terbaik utk awak satu hari nnti,Aamiin”

“Semoga dipermudahkan urusan…tapi pihak lelaki ada kenyataan balas x??…bukan apa…takut jadi fitnah menfitnah dikalangan netizen…susah nk mintak maaf woo”

“Satu je soalan. Kenapa pengantin lelaki atau wakil pihak tak datang? Jawab please aku tak tenang ni takde jawapan ni”

“Cantiknya awak…. Itu maknanya Allah nak bagi awak jodoh yg lebih baik. Sabar ye, akan ada pengganti tu nanti.”