Video Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Saerah & Saida Tarudin Karaoke Dipuji Level Konsert, Netizen Siap Mintak Buat Collab Tiga Beradik!

Sudah diketahui umu, selain Dato’ Sri Siti Nurhaliza, adik dan kakaknya, Siti Nursairah (Saerah) dan juga Siti Nursaida (Saida) turut dikurniakan bakat menyanyi sepertinya.

Iospital phone repair gombak

Malah, mereka berdua merupakan salah satu pasangan duo yang bertanding dalam sebuah program realiti, Famili Duo terbitan TV3 yang sudah mula ditayangkan sejak 18 Disember lalu.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian video di TikTok Saerah memaparkan dia bersama adik beradiknya iaitu Saida dan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti sedang asyik berkaraoke!

Dalam rakaman itu, ketiga-tiga mereka menyanyikan lagu Wanita Terbahagia nyanyian asal daripada Bunga Citra Lestari. Video itu mencuri perhatian netizen kerana merasakan seperti menonton konsert mini dan bukannya karaoke.

Momen itu turut digelar ‘rare’ untuk dilihat kerana adik-beradik ini jarang berada di pentas yang sama walaupun kesemuanya merupakan penyanyi profesional.

Tak kurang juga peminat yang meminta untuk melihat kolaborasi mereka bertiga dalam satu lagu pada masa akan datang. Malah, berjanji akan tetap memberikan sokongan kepada Saerah dan Saida dalam Family Duo.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang perasan Tokti seolah-olah tidak memberi peluang kepada adik beradiknya yang lain untuk menyanyi secara tidak langsung mengundang dekah ramai!

Dalam pada itu, menurut netizen, sesi karaoke itu sudah setanding konsert selepas mendengar kelunakan suara ketiga-tiga adik beradik itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“ni konsert bkn karaoke dh ni 😂. terbaik laa”


“bg la adik pluang nyanyi adei”

“Naik bulu roma tokti nyanyi lagu ni”

“xyh muzik .. suara dia je dah alunan muzik ak dgr 🥹🥹”

“tokti tapau smua eh😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@sitinursairahtarudin Bersyukur Aku Mengenalmu. #familiduo #familiduotv3 ♬ bunyi asal – sitisairahtarudin