[VIDEO] Detik-detik Cemas Tukang Cat Tergantung Di Tingkat 26, Tali Keselamatan Dipotong Wanita

Hari ini tular di media sosial mengenai satu video memaparkan dua orang tukang cat memohon seorang wanita di tingkat 26 untuk membuka tingkapnya dan membenarkan mereka masuk oleh kerana terdapat individu yang cuba memotong tali keselamatan sewaktu melakukan tugas mengecat kondominium.

Difahamkan, Oleh kerana berang tidak diberitahu akan ada kerja-kerja mengecat bakal dijalankan di kondominum berkenaan, seorang wanita tekad untuk memotong tali keselamatan yang menyokong dua orang tukang cat bangunan tersebut sehingga menyebabkan mereka berdua tergantung di tingkat 26 sebelum berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat.

Wanita yang tinggal di sebuah kondominium di Bangkok, Thailand tersebut marah kedua-dua pekerja yang secara tiba-tiba muncul di tingkap bilik tidurnya untuk menjalankan tugas mengecat.

“Dia bakal berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh serta memusnahkan harta benda,” kata Ketua Polis Pak Kret, Pongjak Preechakarunpong.

Mengulas lanjut, Pongjak tidak menyatakan apa-apa sebab yang mendorong wanita itu untuk bertindak sedemikian, namun media Thailand melaporkan bahawa wanita tersebut berasa pelik ketika melihat pekerja berkenaan muncul di luar biliknya

Hal ini juga kerana dia tidak melihat pengumuman dari pihak pengurusan kondominium bahwa mereka akan melakukan pekerjaan mengecat itu pada 12 Oktober.

Salah seorang daripada tukang cat yang merupakan warga Myanmar memaklumkan dia dan dua lagi rakannya telah turun untuk membaiki keretakan bangunan di tingkat 32.

Namun dia merasakan bahawa talinya itu berat ketika sampai di tingkat 30 sebelum dia terlihat ada seseorang yang duduk di tingkat 21 membuka tingkap dan memotong talinya.

Dia dengan sedaya upaya cuba meminta bantuan dari unit lain, namun tiada siapa yang menjawab.

“Rakannya yang lain terus membantu mereka dari tingkat atas” kata Praphaiwan Setsing, penduduk setempat yang juga menyelamatkan dua tukang cat itu.

Pada awalnya, suami kepada Praphaiwan terlihat seorang tukang cat memberikan isyarat meminta tolong.

Dia kemudiannya telah dihubungi oleh suaminya itu untuk bercakap dengan tukang cat berkenaan.

“Insiden ini amat mengejutkan dan seharusnya tidak patut berlaku,” ujarnya.

Tukang cat tersebut ditemani pihak pengurusan kondominium melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Bercerita lanjut, wanita yang cuba memotong tali keselamatan itu walaubagaimana pun menepis dakwaan bahawa dia adalah individu yang bertaggungjawab melakukan perkara itu.

Namun pun begitu, kes ini melibatkan nyawa seseorang dan polis tidak akan melepaskan kes ini sewenang-wenangnya oleh kerana tindakan kurang cerdik wanita ini.

Mereka bertindak menghantar tali berkenaan ke unit forensik untuk melakukan pengesanan cap jari serta DNA.

Dikatakan wanita terbabit hadir bersama peguamnya di Balai polis. Setelah pihak polis menunjukkan bukti forensik dan dikukuhkan lagi dengan rakaman CCTV, dia akhirnya mengaku bahawa dia yang melakukan perkara itu.

Namun dalam masa yang sama, dia masih menafikan dakwaan berniat untuk membunuh para pekerja berkenaan.

“Polis akan memfailkan pertuduhan di mahkamah wilayah dalam tempoh 15 hari,” katanya Pongjak

Video yang tular di TikTok:

@nice2515น้องบอกวันนี้หยุดงานเลยใจเสียแล้วตกใจกลัวมากที่เป็นหีองเราเพราะห้องอื่นไม่มีคนอยู่เลยช่วงนั้น♬ เรียนและงาน – พงษ์สิทธิ์ คำภีร์

@nice2515 วันนี้น้องมาชี้จุดตำรวจนักข่าวมาเต็มเลยขออนุญาตถ่ายเก็บไว้นะคะ#ห้องเราเอง#ยายไนซ์สายฮา #ไนซทีมรุ่นเดอะ ♬ เสียงต้นฉบับ – ยายไนซ์#ทีมรุ่นเดอะ

Untuk pengetahuan umum, oleh kerana tindakan wanita itu, suspek akan disabitkan di bawah tuduhan cubaan membunuh. Sekiranya didapati bersalah, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 2.4M tontonan, 148.7K tanda suka, 4200 komen dan 1686 perkongsian di laman TikTok.

Jadikan ini sebagai satu pengajaran, berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu agar tidak memabahayakan diri dan orang lain.

Kredit: YOY Network